今天是阳历 2024 年 04 月 19 日 星期五 农历 三月月 十一日

 

PROGRAM JELAJAH PENULISAN KREATIF (CERPEN) [02.03.2019]
05/03/2019 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah dan Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Tenom  telah bekerjasama mengadakan Program Jelajah Penulisan Kreatif (Cerpen) bersama dengan Datuk Jasni Matlani, penerima SEA Write Award ke-37 pada 02 Mac 2019 di Bilik Gerakan SMJK Chung Hwa Tenom jam 8.00 pagi – 4.00 petang. Beliau juga merupakan Presiden BAHASA dan Sasterawan Negeri Sabah yang banyak menghasilkan karya seperti puisi, esei, cerpen dan novel. Malahan, beliau turut dicalonkan sebagai Sasterawan Negara bagi tahun 2018. Majlis tersebut  disempurnakan perasmiannya oleh Encik Kwok Chee Yen, Pengetua SMJK Chung Hwa.

Tujuan program ini adalah untuk mencungkil bakat dan mendedahkan  kepada para peserta teknik-teknik menulis secara kreatif dan berkesan, seterusnya dapat menghasilkan antologi penulisan kreatif.

Sebahagian daripada peserta bengkel ini ialah guru-guru Bahasa Melayu SMJK Chung Hwa sendiri, seperti Puan Nor Asmah Binti Sahimin (Ketua Panitia Bahasa Melayu), Puan Nancy Madan (Setiausaha Panitia Bahasa Melayu) dan Puan Siti Faridah Binti Lawadin (Setiausaha BAHASA Tenom). Program Jelajah tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rombongan penulis yang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatan Kuasa Pusat BAHASA. Antaranya seperti Puan Salvia Rose (Setiausaha Koperasi Karyawan Sabah), Encik Abdul Karim bin Gullam ( Naib Presiden 1 BAHASA/ Pengerusi BAHASA Cawangan Tenom), Sitti Rahmah Haji Ibrahim (Timbalan Presiden BAHASA), Azzroy Abdullah (Ketua Penerangan BAHASA), Maznah Sulaiman (AJK BAHASA), Sanuddin Hassan (AJK BAHASA), Eiddros Ibrahim (AJK BAHASA), termasuklah ahli-ahli BAHASA seperti James Taling, Jariah Taha, Aqmila Fitri dan Mohd. Fathullah Hadi bin Rizal Hadi.