今天是阳历 2024 年 04 月 26 日 星期五 农历 三月月 十八日

 

KINDNESS WEEK 善良周 [01 – 05.04.2019]
11/04/2019 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Kindness Week’ telah dilancarkan oleh Encik Kwok Chee Yen, Pengetua SMJK Chung Hwa pada 01 April 2019. Program ini telah dikendalikan oleh sekumpulan pelajar dari Kelas 3 Yakin iaitu Adam Iqbal Bin Kasbuddin , Jane Esthershine, Nurshahiera Binti Zambari, Alya Athilah Binti Salfian, Nur Fatihah Binti Lasudi, Evelina Goh, Stacy Lass Lazurus, Chiew Hai May, Felicity Genevieve Laurian, Nicole Yong Xue Lian dan Joy Abigael Binti Japery di bawah bimbingan Cik Anuthra Sirisena.

Sepanjang minggu ‘Kindness Week’ pada 1 – 5 April 2019, mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti berikut:

(a)  ‘Kindness Campaign’ – Untuk mengenal pasti pelajar yang datang dari keluarga yang sangat miskin dan menghadapi masalah untuk membeli makanan yang secukupnya pada hari-hari kelas tambahan atau kokurikulum, mengenal pasti pelajar bermasalah yang memerlukan kasih sayang dan mengenal pasti pelajar bermasalah tetapi berminat dalam bidang muzik.

(b)  Kindness post box

(c)  School Radio Program to sharing positive and kind words to everyone during recess break

(d)  Makan bersama pelajar

(e)  Memberi makanan percuma kepada pelajar semasa kelas tambahan yang ditaja oleh kantin sekolah

(f)  Kelas Muzik semasa waktu rehat

Kumpulan pelajar ini juga telah menyertai pertandingan #standtogether dan memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM1000 kerana meraih tempat “20 Terbaik Kategori Sekolah Menengah

Seiring dengan sekolah ini terpilih untuk terlibat sebagai sebahagian daripada National Kindness Week, SMJK Chung Hwa Tenom juga terpilih untuk menerima 'celebrity visit' & news coverage by the Star pada 11 April 2019. Celebrity tempatan yang melawat sekolah ialah Ann Osman. Beliau merupakan atlet wanita Malaysia yang menjadi atlet seni mempertahankan diri gabungan wanita pertama Malaysia.

本校举办为期一周的“ 善良周”,并由校长主持推展礼。此项活动是由一组中三甲班同学在导师的领导下进行。

为期 一周的   善良周 有进行多项活动,如:善意运动,善良邮政信箱,与学生共同进餐及休息时之音乐课。

以上这组学生还参与过 ' standtogether "比赛,夺得“ 20  最佳中型类别奖 ”并获得奖金马币一千元

本校亦于2019年四月11日接受来自沙巴大马首位综合格斗女选手Ann Osman的采访。




LAWATAN CELEBRITY - ANN OSMAN [11.04.2019]