今天是阳历 2019 年 12 月 11 日 星期三 农历 11月 16日

 

BENGKEL PENULISAN KREATIF BERSAMA DATUK JASNI MATLANI, PEMENANG SEA WRITE AWARD 2015 DAN PENERIMA ANUGERAH SASTERAWAN NEGERI SABAH 2019 / 与Datuk Jasni Matlani创意写作研讨[24.07.2019]
25 Jul 2019 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM)  - From 从 : SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Pada 24 Julai 2019, SMJK Chung Hwa sekali lagi telah dijemput untuk bekerjasama dengan pihak Badan Bahasa dan Sastera Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) peringkat daerah Tenom bertempat di Bilik Seminar, SMJK Chung Hwa Tenom . Jalinan kerjasama ini telah pun bermula sejak tahun 2017, iaitu tiga tahun berturut-turut sehingga kini. Datuk Jasni Matlani, pemenang Anugerah Sea Write 2015 dan penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sabah 2019 merupakan penceramah bagi bengkel tersebut.  Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar teknik untuk menulis cerpen, seterusnya  dapat menghasilkan penulisan berbentuk kreatif.

            Seramai 41 orang murid dari SMJK Chung Hwa  dan 8 orang murid dari SM Saint Anthony, Tenom telah menyertai bengkel tersebut. Program ini turut melibatkan guru-guru subjek Bahasa Melayu daripada kedua-dua buah sekolah. Bengkel ini turut diserikan dengan penyampaian syair daripada adik Chong Yin Yiun dan deklamasi puisi daripada Adik Celestina Piong, Adik Nurul Aliza, Encik Sanuddin Hassan (Exco BAHASA) dan Encik Hasmin Azroy bin Abdullah (Exco BAHASA).

            Dalam majlis penutupan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Abdul Karim bin Gullam, Naib Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), merangkap Pengerusi BAHASA cawangan Tenom. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan sambutan daripada Tuan Pengetua, Encik Kwok Chee Yen. Paling menarik, buat julung-julung kalinya Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah, Puan Aminah Binti Awang Basar telah merasmikan majlis penutupan bengkel pada kali ini. Beliau turut diiringi timbalannya, Encik Rusli Bin Awang. Upacara simbolik penyerahan buku-buku daripada pihak DBP sebagai tanda penghargaan dan penyampaian buku-buku daripada Datuk Jasni Matlani kepada pihak sekolah sebagai cenderahati turut dibuat.

2019年7月24日,丹南中华国民型华文中学再次被邀请参与沙巴语言和文学部门及沙巴区DBP主办的丹南区创意写作研讨会(短篇小说)之合作。这研讨会在丹中的研讨室里进行。此项合作早在2017年就开始了,连续3年直到如今。Datuk Jasni Matlani荣获2015年东南亚写作奖及2019年文学奖。他是这次研讨会的主讲人。这个研讨会是让学生接触及对写短篇小说的技巧以完成有创意的写作。

41名丹中学生及8名圣安东尼中学的学生参与这个创意写作研讨会。两间学校的国文科任老师也参与这个研讨会。这个研讨会变得更精彩当 Chong    Yin Yuin学生呈献古诗,房效丽、Adik Nurul Aliza, Encik Sanuddin Hassan (Exco BAHASA) dan Encik Hasmin Azroy bin Abdullah (语文行政议会) 朗诵诗歌。

在闭幕里,Encik Abdul Karim bin Gullam, 沙巴语文和文学副主席,也是丹南区语文主席致欢迎词。接着是郭志恩校长致词。此次研讨会很荣幸的邀请到沙巴DBP局长,Pn, Aminah Binti Awang Basar在副局长,En.Rusli Bin Awang陪同下主持研讨会的闭幕礼。象征性的仪式是移交DBP的书本以表示感谢及颁发Datuk Jasni Matlani的书本给学校为纪念品。


















      School Name 学校名称
      Online Resource Information 线上资源资讯
      News & Events 学校新闻
      Events Calendar 每日事件
    0 Chinese Reading Guide 华文导读

    For all queries and support, please contact:
    如果有任何疑问和支援需要,请联络﹕

    SMJK Support Team 华中网支援团队
    Phone 电话 : +6084 333366
    Fax 传真 : +6084 314555
    or 或者
    Email 电子邮件: