今天是阳历 2024 年 04 月 27 日 星期六 农历 三月月 十九日

 

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2020 / 2020年度新生入学登记 [15.11.2019]
16/11/2019 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada 15 November 2019 di Dewan Terbuka SMJK Chung Hwa Tenom. Encik Kwok Chee Yen selaku pengetua mengalu-alukan kedatangan semua murid dan ibu bapa yang bakal masuk Tingkatan 1 tahun 2020. Puan Yee Lee Ling, Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum; Puan Chiew Kui Mei, Penolong Kanan HEM & Puan Flavia Binti Alam, Penolong Kanan Kokurikulum masing-masing memberi taklimat tentang bidang kurikulum, HEM & kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.

Selepas taklimat oleh pihak pentadbir, ibu bapa atau penjaga mendaftarkan anak-anak / anak jagaan mereka serta membelikan barangan keperluan koperasi untuk mereka. Selain itu, semasa menunggu giliran, ibu bapa bersama murid-murid ini telah melawat Bilik Galeri sekolah.