今天是阳历 2024 年 07 月 13 日 星期六 农历 六月月 初八日

 

SM SUNG SIEW (CF) - PROGRAM INSPIRASI MINDA SPM SIRI 2
13/10/2022 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • Filed Under 文件存於 UBK • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学

Program Inspirasi Minda SPM Siri 2 telah diadakan pada 13hb Oktober 2022 (Khamis) di Bilik Gerakan sekolah. Program ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada semua calon SPM tahun 2022 untuk menghadapi peperiksaan percubaan 2 serta peperiksaan SPM.

Sepanjang program ini, Puan Susan Kho selaku guru bimbingan dan kaunseling sekolah banyak memberikan dorongan semangat kepada para calon SPM. Selain itu, perkongsian daripada Puan Suhana Abd. Wahab selaku Ketua Bidang Kemanusiaan, Encik Kwok Chee Yen selaku pengetua sekolah serta Puan Melinda Lu Lee Hwa selaku Penolong Kanan Pentadbiransekolah turut turut memberikan ikhtibar dan motivasi kepada para calon SPM.

Selepas itu, rakaman video ibu bapa calon ditayangkan. Dorongan semangat daripada ibu bapa berjaya memberikan kesedaran kepada para calon agar rajin berusaha untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Semoga para calon SPM 2022 akan dapat menghadapi peperiksaan percubaan 2 dan peperiksaan SPM dengan hati yang tenang dan yakin.  

T04