今天是阳历 2024 年 05 月 04 日 星期六 农历 三月月 廿六日

 

Selamat Bersara, Cikgu Shaerah!
03/04/2023 • School Admin - SMJK JIT SIN (PENANG) • Filed Under 文件存於 校园动态 • SMJK JIT SIN 大山脚日新国中 (卓越学校)

Warga Jit Sin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kepada Cikgu Shaerah Bt. Ab Razak atas segala komitmen, inisiatif dan amanah yang disumbang oleh beliau selama 17 tahun berkhidmat di SMJK Jit Sin.
 
Beliau selaku SU LDP sejak tahun 2015 hingga tahun 2022 telah banyak menghulurkan bantuan kepada semua warga Jit Sin. Atas bimbingan beliau, masalah menyiapkan kesemua kerja E-Pembelajaran dapat diselesai dan berjalan dengan lancar.
 
Kami doa agar Cikgu Shaerah sentiasa dikurniakan kesihatan terbaik dalam menjalani kehidupan selepas persaraan dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan. Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan kami dalam sepanjang masa bersama dengan cikgu.
 
Akhir kata, sekali lagi kami selaku warga Jit Sin mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Shaerah. Jasamu akan dikenangi selama-lamanya.