今天是阳历 2024 年 05 月 16 日 星期四 农历 四月月 初九日

 

SM SUNG SIEW (CF) - MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN KELAS 1971 TAHUN 2023
14/07/2023 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN KELAS 1971 TAHUN 2023

Majlis penyampaian bantuan kewangan Kelas 1971 telah diadakan dengan lancarnya pada 14 Julai 2023 (Jumaat), jam 8.30 pagi di Bilik Gerakan sekolah.

 

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Encik Vun Soon Chong, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah  , diikuti oleh ucapan oleh Encik Moo Fah Lin selaku Setiausaha Lembaga Pengelola Sekolah dan Pengetua sekolah, Encik Kwok Chee Yen. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan kepada 6 orang murid oleh wakil pelajar 1971 dengan diiringi oleh ibu atau bapa pelajar berkenaan.

 

Majlis bersurai pada jam 9:00 pagi . Sesi bergambar bersama dijalankan di Dewan Bacaan sekolah selepas majlis tersebut. (T04)