今天是阳历 2024 年 05 月 17 日 星期五 农历 四月月 初十 日

 

SM SUNG SIEW (CF) - KEMBARA KENALI BORNEO YANG DI_PERTUAN AGONG KE SANDAKAN
05/09/2023 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学

KEMBARA KENALI BORNEO
Tarikh: 5hb September 2023 (Selasa)
Masa: 9am
 
Ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di daerah Sandakan sempena program Kembara Kenali Borneo sangat dinanti-nantikan oleh semua warga Sandakan. SM Sung Siew (CF) amat berbesar hati berterima kasih atas jemputan dan kepercayaan dalam menyambut ketibaan Tuanku dan Tuanku Permaisuri serta rombongan. Lengkap dengan pakaian seragam beruniform serta diiringi dengan persembahan pancaragam memeriahkan lagi sambutan yang diberikan. Guru penasihat unit beruniform, guru-guru, AKP dan pekerja-pekerja swasta juga tidak ketinggalan dalam menyambut ketibaan baginda.
Daulat Tuanku, terima kasih kerana sudi mencemar duli datang ke daerah Sandakan.
 
(T04)