今天是阳历 2024 年 04 月 20 日 星期六 农历 三月月 十二日

 

SM SUNG SIEW(CF) TUTORIAL 3D ONE "3D ONE讲习会“
26/01/2024 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学

Tutorial 3D One secara dalam talian anjuran bersama Creality 3D Printer Malaysia dengan ZWSOFT.
 
     Guru dan murid SM Sung Siew (CF) berpeluang mengikuti Siri ke 2 & ke 3 bagi Tutorial 3D One secara dalam talian pada 16 dan 23 Januari 2024 jam 3:00 - 5:00 petang. Mereka dapat belajar asas mereka bentuk model 3D. Seramai 3 orang guru dan 31 orang murid mengikuti tutorial ini.  Pihak sekolah harap ada lebih ramai guru dan murid turut serta tutorial siri 4 yang akan dianjurkan pada Hari Selasa minggu hadapan, iaitu 30 Januari 2024. 
     Dua orang murid yang bertuah Kathleen Lee Chea Gin dari 2A dan Christy Yee Pei Xin dari 2E mendapat hadiah cabutan bertuah Filament Dryer 2.0 dari Creality semasa mengikuti sesi tutorial.Selepas menerima hadiah cabutan bertuah, Kathleen Lee Chea Gin menghadiahkan Filament Dryer tersebut kepada sekolah untuk kegunaan sekolah menyimpan filamen sekolah.
 
3D ONE网上辅导讲习课第二和第三季已在2024年1月16和1月23日进行。学生可以设计3D基础模型,共有31位学生和3位教师参与。其中两位学生 KATHLEEN LEE CHEA GIN和 CHRISTY YEE PEI XIN 抽得幸运礼物,而KATHLEEN同学随后把礼物转送给校方。校方希望会有更多学生参与第三季的训练课程。(L02)