今天是阳历 2024 年 04 月 28 日 星期日 农历 三月月 二十日

 

SM SUNG SIEW(CF) PROGRAM JELAJAH INSPIRASI SPM TAHUN 2023 马来西亚教育文凭巡回活动
29/01/2024 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学

大马教育文凭巡回活动在2024年1月29日(星期一),早上7时至8时,予双修中学看台处进行。此活动由山打根教育部总监Puan Hjh.Munah binti Hj.Nasri 出席,她的一番肺腑之言,激励SPM考生积极学习,考取好成绩,不辜负家长和老师的指导与栽培。她也鼓励教师们,保持初衷,尽心尽力培育下一代。希望双修中学的SPM考生可以旗开得胜,开启人生成功的第一步!

SM Sung Siew (CF) Sandakan, 29 Jan - Puan Hjh. Munah binti Hj. Nasri, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan hari ini sempat bertemu dengan calon-calon SPM 2023 dari sekolah ini untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau bersempena program Jelajah Inspirasi SPM 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM. Beliau dalam ucapannya sempat menyuarakan harapan tinggi kepada pelajar agar berusaha meningkatkan lagi nilai PNGK sekolah serta sentiasa patuh kepada ibu bapa dan guru. Beliau juga mengingatkan semua guru agar terus memberikan bimbingan dan bantuan kepada semua calon serta terus bersemangat dalam menjalankan tugas. Pihak sekolah amat berterima kasih atas kesudian pihak PPD Sandakan datang melaksanakan program ini dalam usaha membantu meningkatkan lagi motivasi murid dalam menghadapi peperiksaan SPM.
 
"Sung Siew Forever, We Rise Together"

(L02)