SM SUNG SIEW (CF) - HIMPUNAN AMANAT SPM 2024 【2024年SPM考试前的知识祝福仪式】
28/08/2024 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • Filed Under 文件存於 activity • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学
双修中学于2024年8月26日早上7点半,在本校礼堂进行了2024年SPM考试前的知识祝福仪式。本校一直密切关注今年所有2024年SPM双修中学考生目前的成绩。为此,我校与初中五的学生进行了一次见面会,根据最新的SPM模拟考试一的成绩来讲解他们的表现。这次见面会的主要目的是让每一位SPM考生意识到自己需要更多地专注于学习,而不是把时间浪费在其他无意义的活动上,尤其在短期内准备应付实际SPM的情况下。校长的致辞中也分享了学校对每个考生成绩的期望,以及实体上学所剩余的天数。本校衷心希望每一位SPM考生能够加倍努力,以在预计12月中旬开始正式的SPM考试前的第二次模拟考试中取得更好的佳绩。同时,本校还对各班前10名的资优生进行了颁奖仪式,以表彰他们的努力,并且激励全体考生今后更加努力。希望通过这次计划,每一位考生都能够更加充分地了解当前的形势,以及今后取得佳绩所需要面临的挑战。
“双修长青,一起迈进”
HIMPUNAN AMANAT SPM 2024
26 Ogos 2024
7.30 pagi
Astaka, SM Sung Siew (CF)
Pihak sekolah sentiasa prihatin dan cakna dengan pencapaian semasa semua calon SPM 2024 SM Sung Siew (CF) tahun ini. Sehubungan dengan itu maka satu perjumpaan bersama murid tingkatan 5 telah dijalankan bagi menerangkan prestasi pencapaian berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan 1 SPM yang terkini. Matlamat utama himpunan ini adalah untuk menyedarkan setiap calon SPM agar lebih fokus dalam pembelajaran dan tidak membuang masa dengan aktiviti lain terutamanya dalam masa yang sudah terlalu singkat untuk persiapan menduduki peperiksaan SPM yang sebenar. Pengetua dalam ucapannya berkongsi maklumat tentang target pencapaian sekolah bagi setiap murid dan jumlah baki hari waktu pembelajaran bersemuka yang ada. Pihak sekolah amat berharap setiap calon SPM dapat meningkatkan usaha lagi untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada Peperiksaan Percubaan 2 SPM nanti sebelum benar-benar menempuhi peperiksaan sebenar SPM yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Disember nanti. Dalam masa yang sama penyampaian hadiah kepada top 10 murid di setiap kelas juga telah dilaksanakan sebagai tanda penghargaan usaha mereka serta menyuntik semangat semua calon agar lebih berusaha selepas ini. Semoga melalui program ini setiap calon lebih peka dengan keadaan terkini dan cabaran yang perlu mereka tempuhi dalam mencapai keputusan yang lebih baik selepas ini.
"Sung Siew Forever, We Rise Together"
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |