今天是阳历 2024 年 03 月 29 日 星期五 农历 二月月 二十日

 

Persaraan En. Chan Gun Leong
13/09/2007 • School Admin - SMJK SIN MIN (KEDAH, SUNGAI PETANI) • Filed Under 文件存於 persaraan,  •  Chan • SMJK SIN MIN 新民国民型中学

 

BIODATA   EN. CHAN GUN LEONG

En. Chan Gun Leong dilahirkan pada 15hb Sept. 1951 di Gurun, Kedah Darul Aman.

Beliau menerima pendidikan awal di SJK (C) Choong Hwa, Gurun.

Pendidikan sekolah menengahnya juga di Gurun; iaitu di SMK Gurun hingga Tingkatan 3. Setelah dipilih untuk mengikuti kelas sains tulen, beliau ditukarkan ke SMK Ibrahim mulai tingkatan 4 hingga ke tingkatan 6 atas. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan tingginya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pada tahun 1976, setelah tamat latihannya sebagai seorang guru sains, beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru Fizik di SMK Khir Johari,

Sungai Petani. Perkhidmatannya di sekolah pertamanya ini agak lama, iaitu selama 20 tahun.

Pada tahun 1996, beliau ditukarkan ke sekolah keduanya, yang juga sekolah terakhirnya, iaitu SMJK Sin Min. Bermula sebagai seorang guru biasa yang mengajar subjek Fizik, beliau dilantik sebagai Ketua Panitia Sains pada tahun 1997, kemudian dinaikkan pangkat sebagai GKM Sains pada tahun 1999. Disebabkan prestasi cemerlangnya, beliau dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi Penyelia Petang pada tahun 2004.

En. Chan mampunyai sebuah keluarga yang bahagia. Isterinya Pn. Ooi Eng Suat, ialah seorang Guru Besar yang baru bersara pada bulan Mac yang lalu. Dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata; anak perempuan sulung ialah seorang pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar; anak keduanya, seorang perempuan juga, kini berkhidmat sebagai seorang arkitek di Singapora; manakala anak bongsunya ialah seorang pelajar lelaki Tingkatan 4 di sekolah ini.

En. Chan merupakan penggerak utama dalam pendidikan sains sekolah ini. Beliau melibatkan diri secara aktif dalam projek-projek sains dan bidang pencintaan alam sekitar. Dibawah bimbingan beliau, Projek Riadah Alam Sekitar berjaya memasuki peringkat kebangsaan 5 tahun berturut-turut iaitu dari  tahun 1999 hingga ke tahun 2004. Kejayaan cemerlang ini mendorong SMJK Sin Min dipilih sebagai antara 26 buah sekolah elit di Malaysia untuk menganggotai Associated School Programme Network iaitu ASP-net School, di bawah tajaan UNESCO, Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai ASP-net School, SMJK Sin Min turut mengambil bahagian dalam Pertandingan Mondialogo School Contest, satu pertandingan antarabangsa anjuran UNESCO dan Daimler-Chrysler. Penglibatan sekolah kita dalam aktiviti antarabangsa adalah sejajar dengan Visi sekolah kita, iaitu menjadikan SMJK Sin Min sebuah sekolah yang terkenal di seluruh dunia.

En. Chan turut bergiat aktif dalam bidang Pertandingan rekacipta dan inovasi sejak tahun 2000. Setiap tahun, pasukan projek sains sekolah kita turut memasuki pertandingan peringkat kebangsaan anjuran bersama INTEL & Kementerian Pelajaran Malaysia. Pasukan Rekacipta SMJK Sin Min dianugerahkan Best Efforts Award yang bernilai RM 6000.00 dalam Pertandingan SONY Science Education Awards 2002.

En. Chan ialah seorang yang mempunyai minat dan bakat dalam pelbagai bidang. Selain daripada mengiatkan diri dalam mempromosikan pelajaran sains, beliau juga melibatkan diri dalam kajian astronomi, pencintaan alam sekitar, gubahan bunga hidup dan kebajikan masyarakat. Projek terakhir yang En. Chan merancangkan untuk sekolah ini ialah Projek Sains "Beyond Tomorrow" 2007-2020. Projek ini menggalakkan seluruh warga Sin Min meramalkan kemajuan sains & teknologi pada tahun 2020 dan akan dilancarkan sebentar lagi hari ini.

Dengan pengalaman yang begitu luas lagi mendalam, iaitu berkhidmat selama 31 tahun dalam bidang pendidikan,  pihak sekolah berharap En. Chan akan terus mengkongsikan idea dan pandangannya dalam pelbagai bidang pembangunan SMJK Sin Min pada masa akan datang.