今天是阳历 2024 年 05 月 18 日 星期六 农历 四月月 十一日

 

Laporan latihan kawad kebakaran
24/04/2008 • School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG • PENANG CHINESE GIRLS' HIGH SCHOOL 槟华女子国民型华文中学

Laporan Latihan Kawad Kebakaran
          Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang telah mengadakan
   latihan kawad kebakaran kali ke-1 pada 29 Februari 2008. Seluruh proses mengambil
  masa lebih kurang 30 minit . Semua ahli yang bertugas pada hari itu telah diberi taklimat
  dan petunjuk tentang tugas yang akan dijalan pada 28 Februari 2008. Mereka diberi
  tahu bagaimana menggunakan "stop watch" , mencatatkan masa dan nama pelajar
  terakhir yang meninggalkan bangunan.
         Semasa melakukan latihan kawad kebakaran, pelajar tingkatan 1 nampak sangat cemas ,
 menjerit-jerit dan tolak-menolak . Kebanyakan pelajar blok 98" dan blok 93" yang
 mengadu bahawa loceng kecemasan tidak kedengaran di sana . Sesetengah pelajar
 tingkatan 2 juga berjalan dengan perlahan-perlahan semasa pergi ke padang.
         Sesetengah pelajar juga tidak mengikut anak panah yang telah dicatkan semasa melarikan
 diri dari bangunan . Semua pelajar mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk
  berkumpul di padang. Prestasi ini kurang memuaskan kerana kami berharap pelajar-pelajar
 dapat hanya menggunakan 3 minit untuk berkumpul di padang .
            Walaubagaimanapun , latihan kawad kebakaran kali ini dikira berjaya kerana tidak ada
  pelajar yang cedera akibat tolak-menolak dan seluruh latihan kawad kebakaran dijalankan

dengan lancar.