今天是阳历 2024 年 05 月 18 日 星期六 农历 四月月 十一日

 

Laporan tentang aktiviti "fire-drill"
24/04/2008 • School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG • PENANG CHINESE GIRLS' HIGH SCHOOL 槟华女子国民型华文中学

 Laporan Tentang Aktiviti "Fire-Drill"
            Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang telah mengadakan aktiviti

"Fire-Drill" pada 28 Februari 2008 pada pukul 7:45pagi di kawasan sekolah.

             Terdapat 12orang ahli Kadet Bomba SMJK Perempuan China Pulau Pinang bertugas
 dalam aktiviti ini. Persediaan untuk aktiviti ini telah mengambil masa selama 2 minggu.
             Aktiviti ini didirikan untuk melatih para pelajar supaya dapat menyelamatkan diri dalam
 kecemasan.
           Dalam aktiviti ini, ahli-ahli Kadet Bomba telah menjalankan tugas mereka , iaitu meronda
 di kawasan sekolah dan melaporkan kepada Puan Chang tentang tugasan mereka.
           Pelajar harus berada di luar bangunan dalam 3 minit , tetapi terdapat sebahagian pelajar
 telah mengambil 7 minit untuk berada di padang. Ini adalah kerana sikap mereka yang
 berlenggang-lenggang.

         Pada keseluruhannya, aktiviti ini telah mencapai objektifnya. Banyak pengalaman dan 

 pengetahuan telah didapati oleh setiap pelajar. Oleh itu, aktiviti seperti ini patut diadakan pada
 masa depan.