今天是阳历 2024 年 05 月 07 日 星期二 农历 三月月 廿九日

 

Kerajaan sedia bantu bina SMK Kuching High
07/10/2009 • School Admin • SMK KUCHING HIGH 古晋高级国民型中学

Kerajaan sedia bantu bina SMK Kuching High

KUCHING 6 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedia membantu menyiapkan pembinaan blok baru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High yang terbakar pada Disember tahun lalu.

Kata Timbalan Perdana Menteri, beliau telah berbincang dengan pegawainya mengenai perkara itu dan diberitahu kaedah geran sepadan boleh digunakan bagi membantu pihak pengurusan sekolah yang kekurangan RM2.1 juta untuk meneruskan pembinaan blok baru tersebut.

Menurutnya, kerajaan sedia memberi peruntukan RM1 juta dengan syarat pihak pengurusan sekolah atau kerajaan negeri perlu menyediakan baki RM1 juta lagi untuk pembinaan sekolah itu.

''Kalau ia boleh diselesaikan bermakna kita boleh melihat sekolah ini mempunyai bangunan yang lengkap sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar dan dengan itu, ia mampu menjadi sekolah yang terunggul di Sarawak tidak lama lagi," ujarnya.

(utusan malaysia 07/10/2009)