Baru berusia 14 tahun, namun siapa sangka perenang dari Sabah, Loo Yie Bing mampu menewaskan pesaing yang lebih berpengalaman dan berusia pada Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022.
Yie Bing berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara 200 meter (m) gaya bebas wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dengan catatan masa, 2:07.03s.
#ERASabahKongsi