*PESANAN PEGAWAI KESIHATAN KAWASAN SANDAKAN*
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat sejahtera
Saya ingin jelaskan berkaitan penutupan 5 buah dewan PPV di sandakan adalah bermula 16hb Okt bermaksud hari akhir dibuka adalah 15hb Okt. Ia ditutup kekal, dan bukannya di tutup sehari pada 15hb Okt sahaja seperti yang difahami sesetengah penduduk.
Kepada semua penerima dos 1 pada bermula 25hb Sept sehingga 15hb Okt di dewan PPV sedia ada, anda semua akan disusun atur dan diberi tarikh temujanji untk dos 2 nanti di tempatkan yang akan di tentukan nanti.
Sila tenang dan bersabar. Jangan gundah gelana dan resah. Pihak Pejabat Kesihatan akan pastikan dos 2 untuk anda terjamin diberi percuma pada tarikh sepatutnya dan di lokasi yang sesuai.
Selagi dewan PPV dibuka, bagi yang tertinggal temujanji untuk mengambil dos 2, sila walk-in segera ke mana mana 5 buah dewan PPV sedia ada untuk Pfizer manakala untuk yang tertinggal dos 2 vaksin AstraZaneca hanya di Dewan Masyarakat Bandar.
Untuk info, kini pemberian dos 2 vaksin AstraZaneca sedang berlangsung di berikan temujanji di Dewan Masyarakat Bandar Sandakan.
Oleh itu, bagi penerima dos 1 vaksin AstraZaneca, bermula 9hb Nov, hanya yang telah mendapat 2 dos lengkap sahaja di benarkan memasuki premis dan restoran atau kedai makan.
Tiada lagi pengecualian kepada semua penerima vaksin AstraZaneca, Sinovac dan Pfizer jika hanya 1 dos.
Bagi penerima lengkap 2 dos semua jenis vaksin dan penerima 1 dos Vaksin CanSino, sila tunjukkan bukti dgn sijil digital atau kad vaksin (bagi yang tiada telefon pintar atau Smartphone SAHAJA).
Alasan tiada MySejahtera jika ada telefon pintar tidak akan diterima.
Jika bermasalah dengan applikasi MySejahtera berkaitan sijil digital, selesaikan isu tersebut di dewan PPV yang ada selagi dibuka dengan segera. Tempoh masa yang diberikan cukup lama untuk diselesaikan. Maka bermula sekarang penguatkuasaan akan lebih tegas.
Selain itu, kepada semua pemilik premis termasuk masjid dan rumah ibadat lain, penggunaan buku untuk ditulis adalah sangat-sangat tidak di galakkan.
Semua pengguna yang mempunyai smartphone, anda WAJIB mempunyai applikasi My sejahtera dan gunakan QR code untuk di scan dahulu sebelum masuk premis. Penggunaan buku log untuk menulis kedatangan HANYA untuk golongan tidak mempunyai smartphone SAHAJA. Alasan usia lanjut dan tiada MySejahtera tidak akan diterima jika ada telefon pintar.
Kegagalan anda mematuhi, kemungkinan akan di kompaun. Patuhi peraturan dan SOP pihak Majlis Keselamatan Negara yang terkini.
Sekian. Terima kasih.
Dr Johari AB.
PKK Sandakan
Ahad 3hb Oktober @ 2.15 petang.