Berita & Peristiwa 新闻与事件 - Berita Sekolah 学校新闻

A+ A- Reset
 

SM SUNG SIEW (CF) - KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI SABAH
12 Sep 2024 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) 


Karnival STEM Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 10 – 12 September 2024 di Tenom. SMK Sung Siew telah menghantar 2 orang murid iaitu, Ivan Lam Jun Yin (2B) dan Alan Romeo Roy Josept Boguli (2B) yang menyertai pertandingan Robot Battle Challenge secara bersemuka di Tenom. Selain itu, sekolah juga menghantar 6 orang murid yang terdiri daripada Kieth Chung Voon Honn (4E), Isaac Chin YiJie (4E), Janice Lim Pei Yu (4F), Nicole Syn Yan Toong, (4E), Len Wei Shan (4E) dan Florence Khoo Mann Hee (3B) yang turut menyertai Pertandingan Innovators of Tomorrow secara dalam talian.

 

Berikut merupakan keputusan setiap pertandingan :

(a) Robot Battle Challenge: Johan

(b) Innovators of Tormorrow: Penyertaan.

 

Ivan Lam Jun Yin (2B) dan Alan Romeo Roy Josept Boguli (2B) akan mewakili Sabah menyertai Karnival STEM Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 

Sung Siew Forever, We Rise Together

 



Carian 搜索

Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论


Please [login] to post comment