Program Inspirasi Minda SPM siri 2024
Tarikh :7 September 2024 (Sabtu)
Masa:7.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat:Bilik Gerakan, SM Sung Siew (CF)
Target:Semua Calon SPM 2024
Usaha untuk membantu calon SPM SM Sung Siew (CF) terus dipergiat melalui Program Inspirasi Minda SPM siri 2 yang telah dilaksanakan pada 7 September 2024 Sabtu lalu. Objektif utama program ini adalah untuk menyuntik semangat kepada semua murid tingkatan 5 agar lebih berusaha dalam persiapan menghadapai Peperiksaan Percubaan 2 SPM dan peperiksaan SPM yang sebenar nanti. Terdapat 3 slot mengikut aliran telah diatur dalam program ini yang membabitkan 3 orang penceramah dibantu 4 orang siswa guru yang sedang menjalankan program PPS di sekolah ini.
Melalui program ini pihak sekolah berharap setiap calon SPM 2024 sedar dan peka terhadap prestasi pencapaian masing-masing dan pihak sekolah juga berharap murid lebih fokus dan mengutamakan pembelajaran selepas ini.
Sung Siew Forever, We Rise Together



