Shell NXplorers Malaysia merupakan suatu pertandingan yang diinspirasikan oleh Shell STEM Malaysia dengan bertemakan Food-Water-Energy Nexus.
Pertandingan Shell NXplorers Malaysia Challenge 2024
Tarikh:2 September 2024 (Isnin)
Masa:7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat:Bilik Gerakan SM Sung Siew (CF)
Seramai 41 orang murid yang terdiri daripada 15 pasukan peserta telah bertanding mengikut kategori Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dalam Pertandingan Shell NXplorers Malaysia Challenge 2024. Setiap pasukan peserta perlu merekacipta projek yang menggunakan Arduino IDE, Mobile Apps, Internet of Think (IoT), 3D Printing untuk menyelesaikan masalah Food-Water-Energy Nexus.
1 pasukan peserta dengan markah tertinggi dalam pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili sekolah bagi bertanding di peringkat negeri. Pada Masa yang sama, murid-murid dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 4 telah diberi peluang melawat ke tapak pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Keputusan pemenang pasukan mengikut tingkatan dan pasukan dengan markah tertinggi telah diumumkan pada hari tersebut. Di samping itu, pertandingan ini dapat memberi penghargaan kepada semua murid dan guru pembimbing yang terlibat dalam pertandingan tersebut.
Berikut merupakan keputusan pemenang:
Bil
|
Nama kumpulan
|
Nama Ahli Kumpulan
|
Pencapaian
|
1
|
THREE DOLPHINES
|
KIETH CHUNG VOON HONN (4E)
ISAAC CHIN YUIE (4E)
JANICE LIM PEI YU (4E)
|
JOHAN
|
2
|
THE LOYAL
|
1.LEN WEI SHAN(4E)
2.FLORENCE KHOO MANN HEE (3B)
3.NICOLE SYN YAN TOONG (4E)
|
NAIB JOHAN
|
3
|
Triangle
|
IVAN LAM JUN YIN (2B)
ALAN ROMEO ROY (2B)
IZZ IQBAL RIZQIN BIN MOHD SHAMSUL (2A)
|
TEMPAT KETIGA
|
4
|
JIA
|
1.JORDAN EZRAEL EDWERD (1B)
2.ISABEL LEE YONG QI (1B)
3.NG PUI KUAN (1B)
|
TEMPAT KEEMPAT
|
5
|
NEUTRONS STARS
|
1.DAMIA ZAHIRAH BINTI HAKIM
2.NUR QISTINA SOFEA BINTI MD. NASIR
|
TEMPAT KELIMA
|
Sung Siew Forever, We Rise Together

