关爱每一位学生,帮助他们顺利起航
为了帮助新生更好地融入中学生活,减轻家庭的负担,双修中学于今日上午7-10时举行了新生入学登记工作,并在上午10.30-11.30开展了开学援助金的分派活动。此次活动旨在为学生提供必要的财政支持,确保他们能够顺利开学。
新生登记工作顺利开展
在学校开始学年假期之前,我校即将迎来了2025学年的新生。根据学校安排,所有新生及其家长需按时完成新生登记,包括填写个人信息、核对入学资料等内容、缴付入学费用等。为确保登记工作的顺利进行,负责老师们在早上6.30已经做好准备,设置多个登记柜台,同时售卖练习簿及运动衣等学校用品,让家长提早选购。
开学援助金助力家庭困难学生
为了帮助经济困难的家庭减轻开学压力,配合教育部的关怀计划,本校也继续发放开学援助金,每位学生将获得150令吉。本次援助金分派工作在完成新生登记后启动,学生在开学前得到资助,可用于学费、校服、课本以及日常生活费用等。
学校始终把学生的成长和发展放在首位,致力于为学生提供一个温馨、充实的学习环境。通过此次新生登记及援助金分派工作,学校将继续关注学生的成长需求,提供更加丰富的支持和帮助。无论是在学业上,还是在生活中,学校都将全力以赴,为学生创造一个更好的学习环境和生活条件。(L02)
Untuk membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan kehidupan sekolah menengah dan meringankan beban keluarga , Sekolah Menengah Sung Siew telah memulakan pendaftaran pelajar baru pada jam 7:00 hingga 10:00 pagi ini, dan diteruskan dengan aktiviti pengagihan wang bantuan awal persekolahan pada jam 10:30 hingga 11:30.
Semasa pendaftaran, semua pelajar baru dan ibu bapa perlu mengisi maklumat peribadi, menyemak dokumen pendaftaran, dan membayar yuran PIBG. Bagi memastikan kelancaran pendaftaran, guru-guru yang bertanggungjawab telah bersiap-sedia sejak jam 6:30 pagi, dengan menyediakan beberapa kaunter pendaftaran. Pada masa yang sama, pihak sekolah turut menjual buku latihan, pakaian PJK, dan barang-barang sekolah lain bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat pembelian di satu tempat.
Untuk meringankan beban keluarga , dan selaras dengan program bantuan daripada Kementerian Pendidikan, sekolah kami meneruskan pemberian wang bantuan awal persekolahan. Setiap pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak 150 ringgit. Pengagihan bantuan kewangan ini dimulakan selepas pendaftaran pelajar baru selesai, memastikan pelajar menerima bantuan tersebut sebelum permulaan sekolah, yang boleh digunakan untuk yuran sekolah, pakaian seragam, buku teks dan perbelanjaan kehidupan harian.
Pihak sekolah menyatakan bahawa mereka akan terus mengoptimumkan pelbagai langkah sokongan dan memberi perhatian kepada keperluan akademik, kehidupan, dan kesejahteraan pelajar, untuk memastikan setiap pelajar dapat berkembang dengan baik di SM Sung Siew.