Principal's Messages 校长讯息

张顺成校长Pengetua En Teo Soon Seng
21 Mar 2009 School Admin - SMJK CHUNG CHENG (KELANTAN) 

校长的话 

面对百舸争流、千帆争渡,竞争激烈之学习型社会的到来,教育发展日新月异,我们必须共同面对严峻挑战。2006-2010教育发展大蓝图乃一项重大责任,学校务必提供高素质教育,致力于培训卓越的人力资源。为了实现这个理想,学校作为学习机构,肩负重任以造就各方面平衡发展的学生,不仅能驾驭学识及掌握各项技能,且具高尚品德及高度竞争能力。

教育工作者任重道远,培育莘莘学子成人成才,为社会国家有所贡献。为了完成这项高尚的重任,我们亟须提升本身执行任务与胜任责任的能力。教师应是一个自觉的学习者,我们要与时俱进,跟上教育发展的浪潮;我们要锐意进取,时刻充实自己的知识储备,跟进日益先进的科技教育技能。惟持续性提升本身专业水平,我们才得以有效地应对教育更新与重重挑战。

学校教育能发掘并发展学生的潜能,进而照亮学生未来的人生征途。各项学术计划,提升人文素质的计划及课外活动的推行,旨在全面性平衡发展学生的潜能。通过教育,学生掌握汲取知识的技能,其理性思维与创意思维也获得扩展。优良品德与积极人生观的灌输,塑造学生的责任感、勤奋、合作精神与高度自律。有鉴于此,学生应该好好利用求学生涯,热爱学问、努力奋进、尊师重道、守纪律,以迎来优异学业成绩。父母有责任关注子女学业,与校方并肩携手,成就这份高尚的努力。

每一年,一批批的中五毕业生离开学校,继续深造或进入职场。兼持坚韧的毅力、不懈的努力与勇于面对挑战的精神,很多中正中学毕业生已事业有成。校方对他们的成就感到自豪,他们支持学校发展计划的精神更教校方感欣慰且无限感激。这充分展现了他们感恩母校,并愿意为母校服务的崇高精神价值。坚贞的"爱吾中正"情怀必定永垂不朽。

近来,中正中学在学术与课外活动方面的成就,显示本校正迈步朝向卓越。所有的成就乃教师、董家教与校友会的努力耕耘与极力配合的硕果。我谨借此机会向成就学校计划的各造,致以最崇高的敬意,最衷心的谢意。

   "共同的目标,使我们不分彼此,紧密团结,分担了奋斗的热情与艰辛,也分享了成功的荣耀与激奋!我为能和你们共同奋斗及贡献棉力而深感荣幸。且让我们持续团结协作、开拓进取,共铸中正中学的辉煌未来。" 

Dalam perkembangan pendidikan masa kini, banyak cabaran dan pembaharuan yang perlu  kita hadapi bersama. Perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010 merupakan satu tanggungjawab yang besar yang memerlukan sekolah menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti bagi membangunkan modal insan yang cemerlang. Untuk mencapai impian ini, sekolah perlu memainkan peranan sebagai sebuah organisasi pembelajaran (Learning Organisasi) untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang yang bukan sahaja dapat menguasai ilmu dan kemahiran tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai daya bersaing yang tinggi.

Para pendidik diamanahkan untuk mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi warga yang berilmu serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Penyempurnaan amanah murni ini menuntut kita meningkatkan kompetensi diri dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Kita harus peka terhadap arus perkembangan sistem pendidikan dan bersedia melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran teknologi pendidikan yang semakin canggih. Mudah-mudahan, dengan peningkatan tahap profesionalisme diri kita berupaya menangani perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan.

Pendidikan di sekolah mampu membangunkan potensi diri pelajar dan menerangi hidupnya di masa hadapan. Pelbagai program kurikulum, program bina insan dan aktiviti kokurikulum telah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang. Melalui pendidikan, pelajar diasuh dan dididik dengan kemahiran belajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengembangkan daya pemikiran secara kreatif dan kritis. Pelajar-pelajar juga diterap dengan nilai-nilai murni dan pegangan positif untuk membentuk sikap bertanggungjawab, rajin berusaha, semangat bekerjasama dan disiplin kendiri yang tinggi. Pelajar-pelajar harus sedar akan betapa pentingnya pendidikan terhadap masa depan mereka. Maka, pelajar-pelajar seharusnya memanfaatkan peluang belajar di sekolah ini dan sentiasa mengamalkan sikap cintakan ilmu, nilai rajin berusaha, nilai menghormati guru dan sikap berdisiplin untuk meraih kejayaan dalam pelajarannya. Dalam hal ini, ibu bapa harus sentiasa mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya dan berganding bahu dengan guru-guru untuk menjayakan usaha murni in.

Setiap tahun, satu kumpulan demi satu kumpulan pelajar menamatkan pelajaran tingkatan 5 dan meninggahkan sekolah untuk melanjutkan pelajaran atau pun untuk bekerja. Berkat ketekunan dan kegigihan menghadapi cabaran, ramai bekas pelajar SMJK Chung Cheng kini telah berjaya dalam kerjanya masing-masing. Pihak sekolah amat bangga dengan kejayaan mereka dan juga sikap mereka yang sentiasa menyokong program pembangunan sekolah. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka mengamalkan nilai mengenang jasa dan rela berkhidmat untuk sekolah. Nilai cintakan sekolah ini haruslah terus diamalkan.

                Kejayaan SMJK Chung Cheng dalam bidang kurikulum dan kokurikulum kebelakangan ini menunjukkan bahawa sekolah kita sedang mengorak langkah ke arah kecemerlangan. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen guru-guru, Lembaga Jemaah Pengelola, PIBG dan Persatuan Alumni Chung Cheng. Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan segala program sekolah. Marilah kita terus mempertingkatkan usaha untuk menggapai kecemerlangan demi kejayaan sekolah pada masa depan.