About Us 关于我们

A+ A- Reset

School History 学校历史

Sejarah Ringkas

Kampung Pundut terletak lebih kurang 3.2 kilometer dari Lumut, dan 8 kilometer dari bandar Setiawan. Kampung ini berhampiran dengan bukit dan bertentangan dengan pengkalan. Kesuburan tanah di sekitar kawasan ini dibuktikan dengan tanaman-tanaman kelapa, pokok-pokok getah, sayur-sayuran dan ternakan. Bilangan penduduk semakin bertambah apabila mendiang Encik Saw Cheng Chor, AMN, PJK, J.P., mula membangunkan gudangnya 'Ban Joo Seng'. Kilang papan Seng Lee, kilang perusahaan getah 'Ban Ghee Seng' dan rumah asapnya, dan kilang perusahaan subun mula didirikan di kawasan ini. Pembangunan kawasain ini telah dengan secara tidak langsung menarik banyak pekarja-pekerja dari kawasan lain. Generasi muda ini memerlukan pendidikan dan mendiang Encik Saw telah memenuhi hasrat penduduk di kawasan ini dengan mendirikan sebuah institusi pendidikan yang kecil, yang merupakan cawangan kepada SJK (Cina) Eng Ling, Lumut. Jumlahnya hanya seramai 30 hingga 40 orang murid. Seorang warga perempuan telah diberi tanggungjawab untuk mendidik murid-murid ini. Akhirnya, pada tahun 1950, mendiang Encik Saw Cheng Chor bersama-sama dengan mendiang Encik Ong Seok Kim, dan Encik Sim Ting Guan (bekas Guru Besar SJK (Cina) Pin Min di Pundut. Pada peringkat penubuhannya, sekolah rendah ini ditempatkan di sebauh rumah atap dengan jumlah seramai 80 orang murid sementara menunggu banguan baru siap dibina pada tahun 1952. Jumlah murid di SJK(C) Ping Min meningkat dengan pesatnya daripada 80 orang pada tahun 1951 kepada kira-kira 200 orang pada tahun 1953. Memandangkan bilangan murid bertambah dengan pesat, maka timbul pula keperluan untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah untuk menampung keperluan semasa. Demi menyahut keperluan penduduk tempatan, Lembaga Pengurus SJK(C) Ping Min mengesyourkan pembinaan sebuah sekolah vokasional di Pundut pada bualn Jun, 1953. Halangan-halangan seperti kekurangan peralatan dan tenaga pengajar telah timbul, dna rancangan pembinaan asal ini digantikan dengan sebuah Sekolah Menengah Biasa. Kelulusan Jabatan Pelajaran telah diperolehi dan wujudlah Sekolah Tinggi Dindings. Pada bulan Jun 1953, Lembaga Pengurus Sekolah Tinggi Dindings ditubuhkan dibawah pimpinan mendiang Ong Seok Kim. Atas daya usahanya, maka dua kelas tingkatan satu bermula dengan kira-kira 60 orang murid. Segala perbelanjaan adalah tanggungan masyarakat tempatan. Ekoran daripada kejayaan ini, maka projek-projek pembangunan sekolah dibiayai melalui derma ikhlas dan kutipan derma daripada orang ramai. Segala projek pembangunan sekolah ini diuruskan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1959, Encik Chiew Ai Hwa berjaya menambahkan bilangan murid-murid sekolah ini. Kemudahan asas sekolah ini semakin bertambah dan taraf pencapaian akademik semakin meningkat. Pihak pentadbir sekolah telah mengemukakan satu laporan dan dihantarnya kepada nama institusi pendidikan ini ditukar dari Sekolah Tinggi Dindings kepada S.M.J.K Dindings kerana menerima tawaran kerajaan sebagai sekolah bantuan kerajaan. Encik Mah Sun Far telah menjawat jawatan sebagai Pengetua pertama S.M.J.K Dindings pada tahun 1962. Beliau pula ditugaskan ke tempat lain dan jawatan kosong ini diambil ahil oleh Encik Ding Kea Seng yang bermula tugasnya pada 1 Januari, 1980. Usaha-usaha untuk membangunkan sekolah ini ke tahap yang dapat dibangga tidak terhenti di sini sahaja. Malahan, di bawah kepimpinan Encik Ding Kea Seng, beberapa projek utama dilaksanakan. Antaranya adalah:- * memagari kawasan sekolah yang menelan belanja sebanyak RM 15,000.00; * memperolehi sebuah alat muzik piano baru yang bernilai Rm 3,000.00 daripada Encik Ngan Chin Wen; * memperlengkapi kemudahan-kemudahan dean sekolah seperti memasang kipas angin siling, tirai pentas, menghiasai pentas dengan mural serta perhiasan-perhiasan yang lain; * Memasang lampu dan kipas di setiap bilik darjah; * Menambahkan bahan-bahan bacaan di dalam perpustakaan sekolah; * mendirikan rumah hijau dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru; * Membina tempat letak kereta; * menggantikan kerusi dan meja di bilik guru; serta * mendirikan sebuah bangsal menunggu bas dengan kerjasama Kelab Rotary Sitiawan. Jumlah murid yang bertambah dengan pesat disebabkan penghijrahan murid-murid sekolah rendah dari bandar Lumut, dan Teluk Muroh. Murid-murid lepasan tahun enam dari S.K. Lumut, SK Methodist (ACS), SJK(C) Ping Min, dan SJK(T) Pundut ditempatkan di sekolah ini. Jumlah murid bertambah sehingga 580 orang murid pada tahun 1982. Mulai tahun 1994, kelas tingkatan 4 dibuka dengan 53 orang murid. Sehingga hari ini, jumlah murid mengingkat sehingga 900 orang. Paa tahun 1996, satu blok bangunan papan beratap zinc diroboh dan digantikan dengan sebuah bangunan baru. Pada akhir tahun 1996, bangunan baru telah siap dibina, dicat, serta berangkaian penuh. Kos pembinaan bangunan tiga tingkat ini adalah sejumlah RM500,000.00. Dari jumlah ini, pihak kerajaan telah menyumbang sejumlah RM300,000.00 dan bakinya diderma oleh penduduk-penduduk tempatan dan sekitarnya.