SMJK CHAN WA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
 Welcome to Our Site
About Us - School History 学校历史
A+ A- Reset
Sejarah

21.2.1918 Sekolah Menengah (J.K.) Chan Wa, Seremban telah ditubuhkan. Pelapor sekolah kita ialah Mr. Ng Shee Sheak, Mr. Wong Yik Tong, Mr. Teng Choo Shik, Mr. Tham Foo Nam, Mr. Wong Keng Tong, Mr. Chu Kak Mun, Mr. Liew Chee Poh, Mr. Tham Peng Chee, Mr. Ting Lee Tong, Mr. Chan Wei Chuan, Mr. Wong Tuan, Mr. Lee Yi, Mr. Tham Loon dan Mr. Tham Chong Cho. Dengan derma $500.00 oleh Persatuan Kwong Shiu sebagai belanja penubuhan, sebuah kedai di Jalan Temiang telah disewa. Masa itu persekolahan diberikan dengan percuma. Murid-muridnya seramai 30 orang dan guru-gurunya cuma 2 orang sahaja. Guru Besar pertama sekolah kita ialah Mr. Chong Sau Tam. Berikutan dengan bertambahnya murid-murid, Persatuan Kwong Shiu telah menderma sebuah bangunan iaitu di 55, Jalan Murray, Seremban sebagai bangunan sekolah. Sebuah bangunan lagi di hadapan Hospital Wah Chai disewa dan Sekolah Koon Wah digabungkan, maka lengkaplah sudah Sekolah Rendah Chan Wa Seremban ditubuhkan pada tahun 1930. 1934 Dua buah bangunan di Jalan Campbell (Jalan Dr. Samuel) disewa dan Kelas Tingkatan Satu bermula. 1941 Jepun melancarkan serangan ke sebelah dunia ini dan Persekutuan Tanah Melayu mengalami huru-hara. Sekolah ini terpaksa dibubarkan juga. Oleh kerana tiada orang yang menjaga, segala perkakas sekolah turut lesap. 1946 Selepas Perang, pembinaan sekolah ini diteruskan. Dengan pinjaman-pinjaman sebidang tanah di Jalan Temiang telah dibeli. 1948 Lembaga Pegelola sekolah ini telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan sekolah. 1949 Lapan buah bilik darjah didirikan di Temiang. 1952 Kelas Menengah Rendah 1 diadakan semula. Seterusnya 7 buah bilik darjah dibina lagi untuk menampung murid-muridnya yang kian bertambah. Persekolahan hingga ke peringkat menengah rendah telah pun lengkap disediakan. 1954 Mr. Lee Siew Joo, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah berseru supaya pelajaran menengah atas diadakan. Seruan yang berkumandang oleh Mr. Lee itu telah mendapat sambutan hangat. Sebanyak $200,000.00 telah dipungut dan bangunan 3 tingkatan dibina. Blok baru ini terdiri daripada 14 buah bilik darjah, 2 buah pejabat, 1 buah makmal, 1 buah perpustakaan dan sebuah bilik sains rumah tangga. Pada 1955, 2 kelas menengah atas diadakan dan lengkaplah sudah sekolah ini menjadi sekolah menengah yang sewajarnya. 1956 Pengerusi Lembaga Pengelola Mr. Lee Siew Joo meninggal dunia. Sekolah Menengah Chan Wa Seremban kehilangan penyumbang yang ulung. Seterusnya sekolah ini mengalami kesempitan kewangan. 1957 Sekolah ini bersetuju menerima bantuan penuh dari kerajaan dan menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan. Mulai dari tarikh itu, sekolah rendah dan sekolah menengah ditadbir berasingan. Pada 1966, bangunan sekolah rendah siap dibina dan dipindahkan pada bulan Ogos. 1958 Sistem Pendidikan Sekolah telah diubah. Semua Matapelajaran kecuali Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia diajarkan dengan Bahasa Inggeris sebagai pengantarnya. 1964 Pancaragam sekolah telah ditubuhkan. 1966 Mr. Mok Sum J.P. dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola. Pada tahun yang sama, Mr. Yoong Ching Sze dilantik sebagai Guru Besar. 1967 Mr. Yoong Ching Sze telah merancang dan mementaskan drama 'Keluarga Bahagia' pada 27hb. Dan 28hb. Julai di Dewan Bandaran untuk memungut derma bagi Tabung Murid-murid Miskin Chan Wa. 1968 Sekolah Menengah Chan Wa meraikan ulangtahun ke 50. Sempena Perayaan Jubli Emas itu, sekolah kita mengadakan Pestaria. Malam Kebudayaan dan Pameran untuk memungut derma bagi membina Perpustakaan dan Pameran Bilik Makmal yang sempurna. Sebanyak $50,000.00 lebih telah dipungut. Menteri Pendidikan, Encik Mohd. Khir Johari yang menghadiri Perayaan Jubli Emas itu telah mengumumkan bahawa Kementeriannya akan menderma $50,000.00. Kelas aliran sains dimulakan. 1971 Sekolah ini bercadang mengadakan Tabung Murid-murid Miskin. Satu 'Walkaton' dirancangkan dan ia merupakan cara memungut derma yang ulang-ulang kali di Malaysia yang kemudiannya dituruti oleh sekolah-sekolah dan badan-badan kebajikan untuk memungut derma di Malaysia. 8.7.1972 Blok Perpustakaan dan Makmal (Bangunan Kwong Shiu) yang siap dibina pada 1969 dibuka secara rasmi oleh Yang Berhormat Tun Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia. 1973 Persatuan Ibubapa dan Guru telah ditubuhkan. 1975 Kelas Menaip diadakan dan dibuka secara rasmi oleh Yang Berhormat Daro Chan Siang Sun, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. 1975 Untuk mematuhi Dasar Pelajaran Negara kita, Tingkatan Peralihan diajar melalui Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaran. 1976 Lembaga Pengelola sekolah ini memang berpandangan jauh dan rancangan 'Sediakan payung sebelum hujan pun diura-urakan'. Tabung Pembangunan Chan Wa dijalankan dengan sambutan sebulat suara daripada ibubapa. 1977 Loteri Pembangunan Chan Wa dilancarkan, dan berjaya memungut lebih daripada $100,000,000. 1978 Murid-murid buat pertama kalinya menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). 1979 Projek Bangunan Baru Bertingkat Tiga yang mempunyai 26 bilik darjah dilancarkan untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. 20.3.1982 Pembukaan rasmi Bangunan Bertingkat 3 tersebut oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato' Chan Siang Sun. 1982 Cadangan membina sebuah Dewan Serbaguna telah dibangkitan dan diluluskan oleh pihak ibubapa dengan tertubuhnya Tabung Pembangunan. 1986 Mr. Yoong Ching Sze, Pengetua Sekolah yang berkhidmat selama 20 tahun telah bersara. Mr. Oh Huat Choon menjadi Pemangku Pengetua. 1987 Mr. Phua Chin Chew menerima jawatan sebagai Pengetua Sekolah. 1987 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Hj. Mohd. Isa bin Adbul Samad, merasmikan upacara meletakkan batu asas Dewan Serbaguna. Kerja Pembinaannya bermula pada tahun yang berikutan. 1988 Mr. Lim Kah Sen dilantik sebagai Pengetua Sekolah menggantikan Mr. Phua Chin Chew yang ditukarkan ke Sekolah Menengah Yok Bin, Melaka. Ulangtahun yang ke-70 Sekolah Rendah dan Menengah Chan Wa. 1989 Mr. Gan Boon Tai dilantik menjadi Pengetua Sekolah menggantikan Mr. Lim Kah San yang ditukarkan ke Sekolah Menengah Kepong, Selangor. 1989 Dua rancangan istimewa, 'Larian Chan Wa' dan 'Malam Muzika' diadakan dengan tujuan memungut derma untuk membiayai pembinaan Dewan Serbaguna. 1990 Cogankata 'ke Arah Kecemerlangan' dipilih sebagai matlamat sekolah dalam bidang akademik, ko-kurikulum serta amalan moral. Para guru dan murid telah berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. 22.7.1990 Pembukaan rasmi Dewan Serbaguna oleh Y.B. Dato Seri Dr. Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan.