About Us 关于我们 - School History 学校历史


A+ A- Reset

    创办中正中学的泽拟议始于1957年。1958年,苏增炎与中正校长陈绍忠亲赴教育部寻求批准,复往泰国等筹建建校基金。1959年,中正中学正式招生上课,并停办夜校。  初期,中学部借用小学部课室上课,陈绍忠校长受邀义务兼摄校政二年。学生人数由80名增至130名,分四班上课,由小学部教师半义务兼任。

    1961年,陈绍忠校长成功呈辞,由李作华掌校。1962年,中、小学部校政分开。谢志华担任中学校长。一学期之后,谢校长离职,由林秀娟老师暑理。1963年,林国傅掌校。

   1973年,苏增炎辞卸董事长重任,由拿督陈国贤局绅接任。同年,林校长调任华小督学,谢丕益担任校长。1976年,谢校长调职,由陈侃掌校。1980陈校长调升中华中学,并由许振万接任。

扩展学校计划展开,第一阶段乃三层楼的中小学行政楼,课室则归小学部应用第二阶段始于1983年,中学部三层楼新校舍,包括礼堂、理科生物室、化学室、物理室、图书馆及课室,建筑费高达五十余万令吉,以拿督罗福兴局绅为首的建校千人宴筹获六十余万令吉。同年9月,扩建校舍工程动工,并于19846竣工。同年,本校在SPR试中取得优异成绩,并于1985开办 高中纯理科班。

   19892月,许振万校长调任关丹中华校长,由阮的元掌校。 1990年,本校获得 "全丹普通学校SRP最佳表现奖"1991年,则获得全丹B型中学最佳课外活动奖;1993年,勇夺全丹华校最佳SPM绩奖。1990年,第三阶段发展计划乃四层楼新校舍,低层则设立三间科学室。以董事李金龙为首的建委会于该年年底成功兴建该四层楼新校舍。

    19917月,担任30年董事长的拿督陈国贤局绅呈辞。他受委为永久名誉董事主席,拿督罗福兴局绅、蔡世方、蔡福环及李寿坤则受委为永久名誉董事。李金龙受委为新任董事长。同年,本校获得全丹B型中学课外活动奖。

    1992年,家协主席黄仲权受委为建委会主席。董事部推动每名家长捐两百令吉的计划,筹得逾十万令吉。家协也展开一系列的筹款大计,成功筹得十万令吉建校基金。 19922月,何振才副校长车祸去世,其遗缺由任永江老师递补。同年4月,下午班主任赵长安荣休,由陈成辉老师接任。

1993年,本校勇夺全丹华校最佳SPM成绩奖。1994年初,工艺楼建梭。同年,本校荣升A型学校 19953月,阮的元校长调往他校,由陈万宝接任。陈校长身体欠佳申请长假,由任永江副校长代摄校长全权掌校。 199511月,任永江修读硕士课程19961林松柏出任副校长并代摄校长职位。 19984月,李清泉担任校长。814日,家协主办"中正行"以筹募学校发展及学生福利基金,筹款突破十万令吉。

2000719日,耗资126千令吉兴建的迷你体育馆建竣,长100尺宽50尺,坐落于学校后部。2001622日,家教协会主办"中正行",以筹募增添新校舍设备基金。教育部拨款五百万令吉兴建的两栋四层楼校舍于8月正式启用以实行上午班制。这两栋校舍有18间新课室、3间生活技能室、3间理科室、1间电脑室、图书馆、资源中心等。同年11月,李清泉校长荣休,结束了三年零七个月的掌校生涯。

    20022月,朱庆平调任校长。412日,本校中小学主办"中正行"以筹募兴建新校舍基金及学生福利基金。  200461日,朱庆平校长调任中华中学校长,由杨保温校长掌舵。625日,家协举行义卖会并筹获12万令吉。

20056月,杨保温校长调往Maktab Sultan Ismail,升格超级教师,由张顺成接棒。他有效地推行纪律积分制,纪律水平获得提升,校风也有显著的改善。张校长积极推行各计划,持续提升学生的学术成绩、课外活动表现及人文素养。由张泽佳为主席的家协通过校庆宴会筹获购地基金,成绩买下了迷你体育馆旁的一片地段用作扩建体育馆,以解决学生严重缺乏活动空间的问题。2006年,任职了11年的林松柏副校长荣休,颜国辉升任副校长。

2007年,家协举办"中正行",成功筹得22万令吉,加上政府拨款2万令吉,扩建迷你体育馆工程于20077月动工,20083月竣工。学生可在多元用途体育馆上打篮球、踢足球、打羽毛球、打排球,及进行各项团康活动。申请进入高等学府深造,课外活动占了10%积分。多元用途体育馆为学生提供更宽阔的活动空间,有助于提升学生的课外活动分数,让学生成功进入理想的学府,选修理想的科系。

Cadangan untuk membina Sekolah Menengah Chung Cheng mula diperbincangkan pada tahun 1957. Pada tahun 1958, Soh Cheng Eam serta Pengetua Sekolah Chung Cheng Chen Sao Chong pergi ke Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan kelulusan dan memungut derma bagi tabung pembinaan sekolah di Thailand dan tempat lain. Pada tahun 1959, Sekolah Menengah Chung Cheng ditubuhkan dengan rasminya dan sekolah malam dibubarkan. Pada mulanya, sekolah menengah mengguna pakai bilik darjah sekolah rendah. Pengetua Chen Sao Chong menguruskan pentadbiran  kedua-dua sekolah selama dua tahun. Bilangan murid bertambah dari 80 ke 130 orang, mereka ditempatkan di empat buah kelas manakala sumber pengajar datangnya dari guru sekolah rendah.

Pada tahun 1961, pengetua Chen Sao Chong meletak jawatan dan diganti oleh Lee Chok Hwo. Pada tahun 1962, sekolah menengah dan sekolah rendah diasingkan. Chia Chee Hwa mengetuai sekolah menengah. Satu penggal kemudian beliau meletakkan jawatan dan tempatnya dipangku oleh Katherine Lim . Lim Kok Hoo dilantik sebagai pada tahun 1963.

Pada awal tahun 1973, pengerusi jemaah pengelola Soh Cheng Eam meletak jawatan dan Tan Kok Hian sebagai pengganti. Pengetua Lim dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Sekolah Rendah Negeri Kelantan. Tempatnya diambil alih oleh Cheah Pee Aik.  Pada tahun 1976, Tan Khun mengetuai sekolah ini selepas Pengetua Cheah ditukarkan. Pada tahun 1980, Pengetua Tan dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa dan tempatnya diambil alih oleh  Koh Cheng Huan.   

Projek membesarkan sekolah dilaksanakan. Dalam fasa pertama, satu blok bangunan tiga tingkat akan dibina untuk menempatkan ruang pejabat, pentadbiran dan bilik darjah untuk sekolah rendah. Dalam fasa kedua pula ialah rancangan membina satu blok tiga tingkat sebagai bilik darjah untuk sekolah menengah. Bermula pada tahun 1983, pelbagai insfrastruktur dibina termasuk pembinaan satu stadium, lab biologi, lab kimia, lab fizik, perpustakaan serta bilik darjah. Projek itu menelan belanja lebih daripada RM500,000.00. Kempen pungutan derma yang diketuai Datuk Loh Fook Hin berjaya mendapat RM600.000.00. Projek pembinaan bermula pada bulan September tahun yang sama dan siap pada Jun 1984. Sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SRP. Pada tahun  1985, kelas aliran sains tingkatan atas mula diwujudkan.

Pada Februari 1989, Pengetua Koh Cheng Huan ditukarkan ke Kuantan untuk mengetuai S M Chung Hwa. Sekolah ini pula diketuai Gun It Gon. Pada tahun 1990, projek pembangunan fasa tiga dijalankan iaitu pembinaan satu blok bangunan empat tingkat. Tingkat bawah merupakan tiga buah lab sains. Pembinaan bangunan baru ini berjaya disiapkan pada penghujung tahun dengan usaha jawatankuasa pembinaan yang diketuai ahli jemaah pengelola Lee Kim Long. Pada tahun ini juga sekolah ini dianugerahkan "sekolah yang mencapai prestasi cemerlang SRP" peringkat sekolah-sekolah biasa negeri Kelantan,'

Pada Julai 1991, Tan Kok Hian JP yang telah menjawat jawatan pengerusi jemaah pengelola sekolah ini selama 30 tahun meletak jawatan. Beliau dlantik sebagai pengerusi kehormat seumur hidup manakala Dato' Loh Fook Hin, Chua Shi Fong dan Lee Shou Kun dilantik sebagai ahli kehormat seumur hidup jemaah pengelola. Lee Kim Long pula dilantik sebagai pengerusi jemaah pengelola. Pada tahun yang sama, sekolah menerima anugerah "prestasi terbaik aktiviti kokurikulum bagi sekolah-sekolah gred B negeri Kelantan.

Pada tahun 1992, pengerusi PIBG Wong Zhong Chuan dilantik sebagi pengerusi jawatankuasa pembinaan bangunaan teknologi. Jemaah pengelola sekolah melancarkan satu kempen memungut derma yang mana setiap ibu bapa murid sekolah ini menderma sebanyak RM200 dan berjaya memungut sejumlah lebih daripada RM100,000.00. Pihak PIBG pula menjalankan pelbagi aktiviti pungutan derma dan berjaya memungut sebanyak RM100,000.00. Pada bulan Februari 1992, Ho Zhen Choy, Guru kanan telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Tempatnya diganti oleh Encik Yen Yong Kang. Pada 5 April tahun yang sama, Ketua kelas petang Chao Chong An bersara. Tan Seng Chun dilantik sebagai pengganti. Pada tahun 1993, sekolah ini dianugerah "Keputusan SPM terbaik bagi sekolah-sekolah Cina negeri Kelantan".

Pada awal tahun 1994, bangunan teknologi siap dibina. Pada tahun yang sama, sekolah ini dinaik taraf ke sekolah gred A.

Pada Mac 1995, Pengetua Gun ditukarkan ke sekolah lain, tempatnya dipegang oleh Tan Guat. PengetuaTan momohon cuti panjang disebabkan masalah kesihatan. Jawatan guru besar dipangku pula oleh Yen Yong Kong. Pada November 1995, Encik Yen menyertai kursus ijazah sarjana. Pada Januari 1996, Encik Lim Siong Peck dilantik sebagai Guru Kanan serta memangku jawatan guru besar.

Pada 1 April 1998, Lee Cheng Chuan dinaikkan pangkat Pengetua sekolah . Pada 14 Ogos tahun yang sama PIBG sekolah ini telah menganjurkan "Jogathon Chung Cheng" untuk memungut derma untuk pembangunan sekolah serta tabung kebajikan pelajar.  Jogathon ini berjaya memungut melebihi RM100,000.00.

Pada 19 Julai 2000 sekolah ini telah membina satu stadium mini yang berukuran 100 kaki kali X 50 kaki yang menelan belanja sebanyk RM126,000.00. Pada 22 Jun 2001, pihak PIBG menganjurkan jogathon untuk memungut derma bagi membeli kelengkapan dan peralatan bangunan baru. Pada Ogos 2001, dua buah bangunan 4 tingkat dengan peruntukan Kementerian Pendidikan sebanyak RM 5 juta mulai diguna dan sistem kelas pagi dilaksanakan. Dua buah bangunan baru ini membekal 18 bilik darjah, 3 buah bilik kemahiran hidup, 3 buah bilik sains, bilik komputer, perpustakaan, pusat sumber dan lain-lain. Pada bulan November tahun yang sama, Lee Cheng Chuan bersara, menamatkan tempoh 3 tahun 7 bulan sebagai pengetua sekolah ini.

Pada 1 Februari 2002, Choo Kheng Pin dilantik sebagai pengetua sekolah ini. Pada 12 April tahun yang sama, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah menganjur Jogathon untuk memungut derma bagi dana pembangunan sekolah serta dana kebajikan pelajar. Pada 1 Jun 2004, Choo Kheng Pin dilantik sebagai Pengetua S M Chung Hwa. Eyu Foo On dilantik sebagai pengetua sekolah ini. Pada 25 Jun sekolah ini mengadakan jualan amal dan berjaya mengumpul RM 120,000.00.

Pada Jun 2005, Pengetua Eun ditukar ke Maktab Sultan Ismail, beliau dinaik pangkat ke guru pakar. Jawatan pengetua disandang oleh Teo Soon Seng. Beliau telah melaksanakan sistem demerit disiplin pelajar dengan berjaya dan berkesan. Disiplin pelajar dipertingkatkan dan suasana pelajar berubah. Beliau giat melaksanakan pelbagai rancangan bagi meningkatkan pencapaian akademi, kokurikulum, fizikal serta sahsiah pelajar sekolah ini. PIBG yang diketuai Chong Jockar, telah membeli tanah kosong di sebelah stadium mini. Tindakan ini adalah untuk menaik taraf stadium mini dan mengatasi masalah kekurangan  tempat untuk para pelajar menjalankan pelbagai kegiatan kokurikulum serta pendidikan jasmani. Pada tahun 2006 , PKP Lim Siong Peck bersara dan Gan Koh Hwi dilantik sebagai penggantinya.

Pada tahun 2007, PIBG menganjurkan Jogathon dan berjaya memungut derma sebanyak RM220,000.00 sebagai dana menaikkan taraf stadium mini. Projek menaik taraf stadium mini itu dimulakan pada 15 Julai dan siap pada Mac 2008. Stadium serbaguna ini mampu menempatkan gelanggang bola tampar, bola sepak, bola keranjang dan badminton. Kemudahan ini akan mendorong para pelajar untuk lebih bergiat aktif dalam kokurikulum dan mereka akan mendapat markah penglibatan kokurikulum yang lebih tinggi. Markah ini akan dikira sebagai 10% untuk melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke mana-mana pusat pengajian tinggi nanti.