Suasana bekerjasama dalam kerja dan pembelajaran. Tiada diskriminasi.
"Tri-lingualism" (BI, BM dan BC) dititikberatkan
perkembangan bakat dan potensi hingga peringkat maksimum, misalnya kualiti kepimpinan melalui pengurusan bimbingan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
sokongan padu daripada masyarkat setempat melalui aktiviti kutipan dana dan gotong-royong (konsert sekolah, jualan amal dan tarian singa sempena Tahun Baru Cina dan lain-lain aktiviti).
Terkenal sebagai ‘SPORT POWERHOUSE'dengan sejarah pencapaian olahraganya yang gemilang.
Pencapaian Bahasa Inggeris amat yang dikagumi, termasuk mewakili negeri pada peringkat kebangsaan dalam English Choral Speaking, Speech Competition, Debate dan Drama (Juara Peringkat Kebangsaan 2006)
Kemenangan Brass Band di Itali, 2007 melonjakkan lagi taraf sekolah sebagai "World Class School" oleh masyarakat setempat.
Inovasi SMK Chung Hua, telah dijadikan contoh (Benchmark) oleh sekolah-sekolah lain dan sering dilawati oleh institut-institut pelajaran lain, termasuk dari negara asing seperti Jepun, Taiwan dan Brunei.
Lembaga Pengelola Sekolah yang amat prihatin dengan perkembangan semasa arena pendidikan serta bermurah hati.
Fasiliti dan infrastruktur berciri futuristik untuk memastikan keselesaan iklim bekerja.
Kemudahan fizikal untuk menyokong bidang akademik serta bidang kokurikulum/sukan yang mencukupi.
Penyelengaraan yang sistematik dari masa ke semasa terhadap bangunan, jalan, parit, tandas dan pagar sekolah bagi mewujudkan keadaan yang selamat.
Pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah cekap dan berciri kolaboratif.Semangat berpasukan, ‘esprit de corps', adalah budaya sekolah.