关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

Syarat-Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 2011
04 Apr 2012 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

Soalan Lazim: Adakah perlu memohon untuk masuk ke T6 Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam bawah akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan akan dinyatakan

 

Syarat Kelayakan (Syarat Am)

  1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

 

Jurusan Kemanusiaan

Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:


KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VIPendidikan Islam / Pendidikan Moral

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / 
Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XTasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / 
Bahasa Cina / Bahasa Tamil

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Suka

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

 

Jurusan Sains
Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah matagred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IMatematik / Matematik Tambahan

IIFizik

IIIKimia

IVBiologi

VLukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik &Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.