PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2011 TAJAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
11 Apr 2012 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG
Pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 yang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ akan ditawarkan secara automatik penajaan di bawah Program Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.
Pelajar yang layak boleh membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar Program Bursary mulai 16 April 2012 di laman sesawang KPM.