关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

中一道德教育课程之学生到校外当义工事宜Panduan Untuk Pelajar Menjalankan kerja Amal Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Moral Tingkatan 1
02 Aug 2012 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

致:中一学生家长/监护人

 

中一道德教育课程之学生到校外当义工事宜

关于中一道德教育课程,学生到校外当义工一事, 本校藉此作出一项声明, 即此项道德教育(Pendidikan Moral)校本评估活动(PBS)并非强制性, 学生可以选择不参与。

 

校方并没有阻止学生进行项活动,如果学生欲到校外当义工,请遵守以下条规:

1.   家长须写一封信给校方,信上须注明:

-  由何人(名字及身份证号码)陪同令嫒前往进行此项活动。陪同者须是成年人。
-  活动日期、时间及地点。

2.    倘若令嫒要跟随其他同学之父母进行此活动,那么家长必须阐明同意让令嫒跟随该同学的父母前往活动地点。信上也须注明该同学家长之名字及身份证号码。

3.     经批准后,校方将发出批准信函, 以让学生携带该封信函去造访相关的机构,并取得有关机构的到访证明。

4.    敬请关注此事, 以确保令嫒的人身安全。


谢谢。

 槟华女子国民型中学校长谨启

 

Tuan / Puan,

 Panduan Untuk Pelajar Menjalankan kerja Amal Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Moral Tingkatan 1

Untuk makluman ibu bapa pelajar Tingkatan 1. Aktiviti melakukan kerja amal dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral merupakan sesuatu aktiviti yang optional dan bukanlah wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1.

Pihak sekolah tiada halangan bagi aktiviti tersebut dijalankan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1.  Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang ingin  menjalankan kerja amal sebagai salah satu aspek daripada khidmat masyarakat, pihak sekolah meminta kerjasama ibu bapa untuk mengikut garis panduan seperti di bawah:

 

1.    Ibu bapa perlu menulis sepucuk surat rasmi kepada pihak sekolah menyatakan :

-  Siapa mengiringi pelajar (nama dan No. Kad Pengenalan pengiring) untuk menjalankan aktiviti tersebut. Pengiring mestilah merupakan seorang dewasa
-  Tarikh, masa dan tempat kerja amal dijalankan.

2.   Jika pelajar ingin mengikut ibu / bapa pelajar lain ke tempat aktiviti, maka dalam surat harus dinyatakan bahawa ibu bapa membenarkan anak mereka ikut ibu / bapa pelajar lain (tuliskan nama dan No. Kad Pengenalan ibu/bapa pelajar berkenaan) ke tempat aktiviti.

3.   Setelah permohonan diluluskan oleh pihak sekolah, pelajar akan diberi surat kelulusan untuk menjalankan aktiviti tersebut di tempat pilihan pelajar.

 

4.    Pelajar perlu membawa surat kelulusan berkenaan bersama-sama semasa melawat ke tempat aktiviti untuk mendapatkan pengesahan pihak yang dilawat.

 

5.   Memandangkan kerja amal itu akan dijalankan di luar kawasan sekolah, keselamatan pelajar semasa menjalankan aktiviti tersebut diutamakan. Oleh itu, pihak sekolah berharap tuan / puan dapat memberi kerjasama agar aktiviti kerja amal ini dapat dijalankan dengan lancar.

 

Saya yang menurut perintah,

Yeo Eng Sim
Pengetua
SMJK Perempuan China Pulau Pinang