关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

PERMOHONAN PROGRAM PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SESI 2013/2014
14 Mar 2013 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

PERMOHONAN PROGRAM PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SESI 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada murid-murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk mengikuti program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, murid-murid lepasan SPM yang layak dan berminat boleh memohon secara atas talian (on-line) mulai 4 Februari hingga 31 Mac 2013. 

 

sila layar laman web http://www.moe.gov.my/bsukan/

 

TATACARA PERMOHONAN PROGRAM PROUNIVERSITI BAGI MURID LEPASAN SPM

  1. mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di web KPM www.moe.gov.my
  2. Tarikh permohonan dibuka pada 4 Februari hingga 31 Mac 2013. 
  3. Mencetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan laporan jurulatih
  4. menghantar borang permohonan yang dilengkapkan berserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan kepada:  PENGARAH BAHAGIAN SUKAN  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  Aras 1&2, Blok E13, Komplek Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p.  Unit Sekolah Sukan Malaysia)
  5. Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses.

 

SYARAT PERMOHONAN

  1. Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
  2. Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
  3. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  4. Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan
  5. Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.


SYARAT-SYARAT KHAS

A.  ALIRAN SAINS

  1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden
  2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuteraan
    • Sains Sukan


B.  ALIRAN SASTERA IKHTISAS

  1. Sekurang-kuranya lulus dalam Matematik Moden
  2. Lulus 2 mata pelajaran berikut:
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan
    • Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Sains Sukan