关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGGAL 3, ULANGAN 1, ULANGAN 2, PBS DAN KERTAS ALTERNATIF BERTULIS STPM 2013 DAN PEPERIKSAAN PENGGAL 1 STPM 2014
09 Feb 2014 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan yang tersebut di atas akan diumumkan pada tarikh dan waktu seperti yang berikut:

 

KEPUTUSAN PENGGAL 3 STPM 2013

Tarikh: 10 Februari 2014
On-Line : www.mpm.edu.my mulai jam 10:00 pagi, 10 Februari 2014
SMS : taip [STPM] jarak [RESULTP3] jarak [No. K/P] dan hantar ke 15888
 
 

KEPUTUSAN ULANGAN PENGGAL 1 STPM 2013

Tarikh: 17 Februari 2014
On-Line : www.mpm.edu.my mulai jam 10:00 pagi, 17 Februari 2014
SMS : taip [STPM] jarak [RESULTU1]jarak [No. K/P] dan hantar ke 15888

 

KEPUTUSAN ULANGAN PENGGAL 2 STPM 2013

Tarikh: 17 Februari 2014
On-Line : www.mpm.edu.my mulai jam 10:00 pagi, 17 Februari 2014
SMS : taip [STPM] jarak [RESULTU2]jarak [No. K/P] dan hantar ke 15888

 

KEPUTUSAN ULANGAN PENGGAL 1 STPM 2014

Tarikh: 17 Februari 2014
On-Line : www.mpm.edu.my mulai jam 10:00 pagi, 17 Februari 2014
SMS : taip [STPM] jarak [RESULTP1]jarak [No. K/P] dan hantar ke 15888

 

PENTING

CALON  PEPERIKSAAN STPM 2013

Tarikh Pendaftaran calon untuk menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 dan tarikh permohonan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan penggal 3 STPM 2013 akan dibuka dari 10 hingga 14 FEB 2014.  Pendaftaran calon sekolah untuk menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 adalah melalui sekolah masing-masing manakala permohonan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan penggal 3 STPM 2013 secara individu oleh calon sendiri (borang permohonan rayuan penyemakan semula keputusan boleh didapati dari portal MPM .

 

Calon yang memohon rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan penggal 3 STPM 2013 juga DIGALAKKAN untuk menduduki peperiksaan ulangan 3 STPM 2013 kerana keputusan rayuan penyemakan semula keputusan calon dijangkakan akan keluar pada minggu kedua bulan MAC 2014, dan pada ketika itu pendaftaran calon untuk peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 telah lama tutup, dan calon tidak berpeluang untuk mengambil peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 jika keputusan mereka tidak berubah.  

 

Calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut dan memohon pengembalian yuran pendaftaran untuk menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 daripada MPM sekiranya keputusan peperiksaan mereka berubah selepas penyemakan semula keputusan.

 

CALON  PEPERIKSAAN PENGGAL 1 STPM 2014

Tarikh permohohan penyemakan semula keputusan penggal 1 STPM 2014 dibuka  dari 17 hingga 21 FEB 2014

Tarikh pendaftaran untuk menduduki peperiksaan ulangan adalah 23 JUN hingga 4 JULAI 2014.