关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

附件 Attachment:

BIASISWA YAYASAN BURSA MALAYSIA
19 Feb 2014 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Bursa Malaysia akan menawarkan biasisiwa kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka ke universiti tempatan.

 

Syarat-syarat kelayakan:

  1. Umur tidak lebih dari 22 tahun pada tarikh kemasukan.
  2. Keputusan STPM minima 2A dan 2B atau markah minima CGPA 3.5 untuk matrikulasi.
  3. Mendapat keputusan 'A' di dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  4. Aktif dalam aktiviti kokurikulum atau bersukan, sebaiknya memegang jawatan kepimpinan.
  5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5000.


Keutamaan diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus :

  • Kewangan
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Perundangan
  • Teknologi Maklumat 
  • Sains Aktuari
  • Matematik

Selain daripada pembiayaan pengajian dan elaun pelajar, pakej biasiswa yang ditawarkan juga merangkumi

  • Bon kerja selama 2 tahun di Bursa Malaysia setelah tamat pengajian.
  • Latihan Industri sekurang-kurangnya sekali di Bursa Malaysia.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  31 April 2014. 

Permohonan perlu disertakan borang permohonan biasiswa  yang borang boleh dimuatturun dari laman web Bursa Malaysia, www.bursamalaysia.com dan  hendaklah dihantar kepada:

ENCIK NURULAZMIR atau ENCIK YAZMAN

Yayasan Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Berhad
11th Floor Exchange Square
Bukit Kawangan
50200 Kuala Lumpur

atau melalui emel:   [email protected]

 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI EN MOHD YAZMAN DI TALIAN 03-2037464 / emel [email protected] ataupun ENCIK NURULAZMIR YEOP MAT NOOR di talian 03-20347409 / emel [email protected].