关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

ANUGERAH BELIA CEMERLANG 2014
07 Apr 2014 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

ANUGERAH BELIA CEMERLANG 2014

Kriteria-kriteria

  1. Calon hendaklah seorang yang dilahirkan di Pulau Pinang berumur di antara 16 - 19 tahun.
  2. Calon hendaklah seorang pelajar di sekolah menengah yang sedang belajar di Tingkatan 6 di Seolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan 
  3. Calon hendaklah mempunyai rekod akademik yang baik
  4. Calon hendaklah bergiat cergas di dalam bidang sukan atau aktiviti kokurikulum.
  5. Calon hendaklah juga mempunyai rekod penglibatan di dalam bidang perkhidmatan sukarela.
  6. Penglibatan di dalam bidang perkhidmatan sukarela hendaklah membuktikan pengiktirafan kepimpinan yang cemerlang tanpa menerima apa-apa bayaran atau upah.
  7. Calon hendaklah mempunyai kelakuan yang baik, seorang yang menunjukkan sikap prihatin di dalam dan di luar rumah.
  8. Lain-lain ciri-ciri.

Anugerah

  1. Sijil yang ditandatangani oleh Presiden, Majlis Dato' Negeri Pulau Pinang
  2. Cenderamata
  3. Wang tunao RM3000 untuk membiayai perbelanjaan pelajaran.

Borang Percalonan dan Tarikh Tutup

Borang Percalonan boleh diperoleh daripada PK HEM di waktu pejabat.  Sila kembalikan borang yang dilengkapkan selewat-lewatnya pada Khamis, 1 MEI 2014 kepada

Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang
d/a J.L. Ong & Associates
Suite I, 123-Jalan Utama
10450 Penang