公告 Announcement

SARANA IBUBAPA
01 Mar 2013 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 

 

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya.

 

Sarana Sekolah:

Suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara tercinta MALAYSIA.

 

Sarana Ibu Bapa:

Suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta MALAYSIA.


Menyedari kepentingan di atas maka YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa SARANA SEKOLAH DAN SARANA IBU BAPA adalah antara empat agenda penting yang akan dipantau dan difokus pencapaiannya dalam sasaran 100 hari daripada tarikh 1 JANUARI 2013. 

 

Untuk dokumentasi lengkap, sila muatturun dari bahagian 'Online Resources' portal ini.