公告 Announcement

Penukaran Aliran Lalulintas 2-Hala ke Sehala di Sebahagian Jalan Nipah
19 Apr 2013 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 

 

Penukaran Aliran Lalulintas 2-Hala ke Sehala di Sebahagian Jalan Nipah

 

Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Jalan Nipah, Pulau Pinang mulai 22 April 2013 (Isnin) jam 12.30 tengahari.

 

Arah aliran lalulintas sehala adalah seperti jadual berikut:

 

Bahagian Jalan

yang Terlibat

Arah Aliran Lalulintas yang Dicadangkan

Waktu Pelaksanaan

Sebahagian Jalan Nipah di antara Tingkat Nipah dan Lebuhraya Nipah

Dari Tingkat Nipah ke Lebuhraya Nipah

6.30 pagi - 8.00 pagi

12.30 tengahari - 2.00 petang

6.00 petang - 7.30 malam

 

 

Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melicinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut semasa waktu masuk dan keluar persekolahan.