公告 Announcement

An[2015/36] Hari Sukan Negara 2015
09 Oct 2015 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 



Sambutan Hari Sukan Negara 2015


 


Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2015 telah bersetuju bahawa pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.  Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2015.


Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.


 


Objektif Hari Sukan Negara



1.     Menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat
2.     Memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat
3.     Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan
4.     Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat
5.     Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di


        peringkat akar umbi


 


Sambutan Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.  Sehubungan itu, KPM telah mengarahkan sekolah melaksanakan program Hari Sukan Negara selaras dengan ‘Surat Siaran KPM Bilangan 10 Tahun 2015: Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015’ bertarikh 27 Julai 2015 yang telah menetapkan bahawa tarikh 10 Oktober 2015 sebagai hari ganti persekolahan bagi seluruh negara.