Kepada Ibu Bapa Pelajar 5 JAN 2017 Tuan/Puan,
Hari Penetapan Target 2017
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
- Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah akan mengadakan aktiviti Hari Penetapan Target di sekolah. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh : 14 JAN 2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 petang
Tempat perjumpaan : Tempat yang ditetapkan
- Tujuan aktiviti ini adalah untuk menjalinkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa supaya bersama-sama membantu pelajar menetapkan sasaran akademik yang ingin dicapai pada tahun 2017 agar pencapaian akademik pelajar dapat dipertingkatkan.
- Tuan/Puan dijemput hadir ke sekolah pada hari tersebut untuk berjumpa dengan guru tingkatan anak/waris tuan/puan. Penglibatan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai demi kepentingan dan kemajuan pendidikan anak/waris tuan/puan. Laporan Kemajuan Pejarar tidak akan diedarkan kepada pelajar jika tuan/puan gagal menghadiri sesi perjumpaan tersebut.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Teoh Kha Mooi)
Penanggung Kerja Pengetua
SMJK Phor Tay