SMJK TIONG HUA

中华国民型中学
Pengetahuan Mercu Jaya


Announcement 公告

12岁至17岁青少年明日起可登门接种疫苗 PEMBERIAN VAKSIN KEPADA PELAJAR ATAU KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN KE 17 TAHUN SECARA WALK-IN
16 Sep 2021 School Admin - SMJK TIONG HUA (SABAH, SANDAKAN) Filed Under 文件存於 VAKSINASI

Salam sejahtera. 
Salam Hari Malaysia ke 58
 
Berikutan pengumuman oleh YAB Ketua Menteri berkaitan pemberian vaksin kepada pelajar atau kanak-kanak berumur 12 tahun ke 17 tahun, saya mohon semua dapat menunggu pengumuman rasmi daripada Tuan Presiden MPS selaku Pengerusi CITF Sandakan tentang tarikh akan dimulakan di SEMUA 7 DEWAN PPV di Sandakan mengikut umur untuk mengelakkan kesesakan dan kekalutan apabila datang secara beramai-ramai ke dewan ppv.
 
Pada asasnya, Sandakan akan mula pada Jumaat 17hb Sept kerana esok adalah hari untuk persediaan rapi pihak KKM menyediakan borang khas kebenaran ibubapa atau penjaga sebelum vaksin d berikan d dewan ppv.
 
Sekian. Terima kasih
 
Dr Johari Awang Besar
Pkk Sandakan
Rabu 15hb Sept @ 8.25mlm