News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

Selamat Bersara kepada Cikgu Liang Hong ~ 6 Jan 2022
20 Jan 2022 School Admin - SMJK HENG EE (PENANG, GEORGETOWN) 


Kpd semua guru n AKP:
Salam sejahtera.
Hari ini (6/1/22) adalah hari persaraan cikgu Liang Hong di sekolah kita.
Selamat Bersara saya ucapkan kpd cikgu Liang Hong.
 
Cikgu Liang Hong mulai berkhidmat di Sekolah SMJK Heng Ee sejak tahun 2013. Beliau telah memberi perkhidmatan selama 8 tahun di sekolah HE.
 
Cikgu Liang Hong seorang guru yg berkomited terhadap tugas profesional perguruan. Seorang yg prihatin kpd PdPC di kelas. Mementingkan kemenjadian n kebajikan anak anak murid HE. 
Mendidik anak murid dengan penuh dedikasi n 
bertanggungjawab.  
 
Menjejak kaki di Bidang Pendidikan mulai 1985.
Pendek kata, telah berkhidmat selama 36 tahun di profesional pendidikan negara kita.
 
Tamat Sijil Perguruan Asas dlm bidang Pengajian Cina dari Maktab Perguruan Kota Baharu pada tahun 1985.
Seterusnya dgn usaha gigih beliau, cikgu Liang Hong  melanjutkan Pengajian Sarjana Muda (Pendidikan) di UM
major Pengajian Cina pada tahun 2001.
Tamat dgn kelas Pertama dari UM. 
 
🎁Cikgu Liang Hong pernah mengajar di SJKC Sin Hua, Temerloh Trong pada tahun 1985 - 1989. 
 
🎁Pernah juga berkhidmat di SJKC Hua Lian 3 Taiping pada tahun 1989 - 2001
 
Pernah juga berkhidmat di SMJK San Min, Perak pada tahun 2001 - 2006
 
Pernah juga berkhidmat di SMK Kampung Jambu Taiping pada tahun 2006 - 2009
👍Dilantik sebagai Guru Cemerlang pada tahun 2009
 
🎁Akhirnya Mengajar di SMJK Heng Ee mulai 2013 - 5/1/2022
 
🎊Menjadi Guru Tingkatan, Ketua Guru penasihat Persatuan Bahasa Cina, guru penasihat dlm pasukan rumah sukan sekolah, membantu pihak sekolah dlm menganjurkan pertandingan aktiviti Kaligrafi Tulisan Cina serta membantu dlm hal penerbitan buletin buletin BC sekolah.
Sumbangan beliau dlm kemenjadian n aktiviti koku anak murid amat kita hargai.
 
🌸🌷Semoga Cikgu Liang Hong bahagia & sihat2 selalu di samping keluarga tersayang. 
 
Selamat bersara!
Happy Retirement! 
 
 🙏🙏🙏 Jasa cikgu Liang Hong dlm bidang pendidikan akan dikenangi selama lamanya oleh anak anak murid n rakan sejawat serta guru guru sekolah.
 
🙏Saya wakil Pihak LPS,  PIBG n Bekas Alumni mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan anda selama ini.
 
🌹Satu majlis persaraan akan dijalankan selepas dirancang oleh pihak sekolah selepas pertimbangan atas SOP MCO 3.0 n akan mengikut arahan SOP Covid-19 KPM n KKM.
 
Happy Retirement n all the best to u
💜💚💛💙❤️
 
Pengetua
SMJK Heng Ee
 


Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment