News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

Anugerah Pusat Sumber Sekolah ~~Johan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021
20 Jan 2022 School Admin - SMJK HENG EE (PENANG, GEORGETOWN) 


Tahniah n Syabas kpd Pusat Sumber Sekolah
🎉👏👍🎊🏆🪅🎉🎉
 
Sekolah kita mendapat Anugerah JOHAN  Pusat Sumber Sekolah 2021 kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjur oleh Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. 
 
Pada tahun 2021, Unit Pusat Sumber Sekolah telah melaksanakan beberapa INOVASI  untuk meneruskan perkhidmatan dalam norma baharu Covid-19. 
 
Antaranya ialah 
🎉menggunakan aplikasi Google Classroom untuk membina 9 Perpustakaan Digital bagi semua guru dan pelajar Heng Ee Hamilton dan Bayan Baru. 
 
🎉Karnival Buku Atas Talian juga diadakan bersama untuk kedua-dua sekolah ini. 
 
🎉Dalam Program Galakan Membaca Nilam, selain daripada menyediakan perpustakaan yang lengkap dan kondusif, sudut bacaan kelas dan kawasan Sekolah juga diadakan untuk memudahkan pencapaian bahan bacaan. 
 
🎉Sekolah kita mencapai penglibatan pelajar lebih daripada 90 peratus manakala purata bacaan pelajar ialah 23 buah buku. Seramai 217 orang pelajar telah mencapai tahap 5 bintang. 
 
🎉Ssekolah kita juga melibatkan diri dengan aktif dalam program galakan membaca yang dianjurkan oleh PPD dan JPN. Contohnya Program "Jom Baca Bersama 10 minit", Pertandingan Mencipta Buku Digital, Bicara Buku, Pengkarya Muda dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah. 
 
🎉Kemudahan dan peralatan pengajaran- pembelajaran yang lengkap, kadar penggunaan yang tinggi, guru dan staf sokongan yang sedia membantu dan bekerja sama,  pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang, bantuan komuniti setempat,  agensi kerajaan dan swasta telah mencetuskan kejayaan ini.
 
🙏Terima kasih atas usaha guru-guru Pusat Sumber Sekolah dan semua warga Heng Ee.
 
Pengetua
 


Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment