26 April 2015 merupakan Hari Koperasi SMJK Phor Tay. Semua guru dan pelajar telah berkumpul di dewan sekolah untuk menyambut Hari Koperasi.
Matlamat dan objektif koperasi sekolah adalah untuk memupuk kerjasama pelajar, mendedahkan pelajar kepada aktiviti perniagaan, melatih pelajar dalam menyediakan akaun dan aktiviti pengauditan, dan melatih pelajar dalam pegurusan stok perniagaan.
Produk yang dijual oleh koperasi ialah kemeja rumah sukan, kad telefon, fail Nilam, sarung kaki, kemeja PJK, alat-alat tulis, dan sebagainya.