SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
News and Events 新闻与事件
School News 学校新闻
A+ A- Reset
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Perasmi Gema Patriotik SMJK Yok Bin, Melaka
01 Sep 2008 School Admin - SMJK YOK BIN Filed Under 文件存於 patriotik

Tanggal 29 Ogos 2008 menyaksikan kehebatan tingkatan 2A1 apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Gema Patriotik 2008 (Piala Datuk Peter Lim Cheow Seng). Guru tingkatan mereka ialah Pn. Too Chit Joan, ketua tingkatan ialah Kuan Yie Meng, manakala penolong ketua tingkatan ialah Tan Chee Siang. Mereka mendendangkan lagu medley Malaysiaku Berjaya (rangkaian lagu Setia, Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Malaysia Berjaya dan Tanggal 31). Lantaran itu, mereka membawa pulang piala pusingan Datuk Peter Lim Cheow Seng, piala iringan, RM 300.00, sijil pencapaian serta trofi kepada semua peserta.

Tempat kedua pula jatuh kepada tingkatan 1A1. Mereka membawakan lagu Jalur Gemilang. Guru tingkatan ialah Pn. M. Susila A/P Murugiah. Ketua tingkatan ialah Chua Hui Lin, manakala penolong ketua tingkatan ialah Lee Chin Lee. Mereka menerima piala iringan, RM 200 serta sijil pencapaian kepada semua peserta.

Tingkatan 6 Bawah Biologi merangkul temat ketiga. Mereka menyampaikan lagu Jalur Gemilang. Ketua Tingkatan ialah Song Yu Seng, manakala Penolong Ketua Tingkatan ialah Tan Chia Chee. Guru tingkatan ialah Pn. Fam Chen Yuan. Mereka menerima piala iringan, RM 150.00 serta sijil pencapaian kepada semua peserta.

Penerima Anugerah Konduktor Terbaik yang pertama ialah Seah Zhen Hong (1A1). Seah Zhen Hong menerima piala, RM 50.00 serta sijil pencapaian. Sementara itu, Pasukan Beruniform Terbaik ialah Pengakap (gabungan Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana). Guru penasihat Pengakap ialah En. Tai Boon Kong. Ketua Pasukan ialah Tee Kok Zhang dan Tay Jo Ann. Pengakap meneima piala, RM 50.00 serta sijil pencapaian.

Johan kategori tingkatan 1 dan peralihan ialah tingkatan 1A1. Tingkatan 2A1 turut dinobatkan sebagai johan kategori tingkatan 2. Selanjutnya, johan kategori tingkatan 3 ialah 3A3, johan kategori tingkatan 4 ialah 4 Sains 2, dan johan kategori tingkatan 6 ialah 6BB. Masing-masing menerima piala iringan, RM 50.00 serta sijil pencapaian.

Hakim pertandingan ialah Pn. Oh Kim Loi (penggubah lagu sekolah), Pn. Chan Swee Yan (bekas pengetua SMJK Yok Bin). Ketua Hakim ialah Pn. Catherine Chia Ming Ming. Beliau seorang pensyarah muzik di Institut Perguruan Perempuan Melayu Durian Daun, Melaka.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn. Zainal Bin Aman, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Melaka dan Yang Berbahagia Datuk Peter Lim Cheow Seng, Pengerusi PIBG SMJK Yok Bin. Program ini merupakan anjuran Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Lembaga Pengawas, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Koir dan Kelab Interact. Program ini dianjurkan sejak 15 Julai hingga 29 Ogos 2008 selaras dengan sambutan bulan kemerdekaan pada peringkat sekolah.

  
  
  

  




Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment
© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates