SMK CHUNG HUA, SIBU

诗巫中华中学

"Outwit Others, Outwit Ourselves"


News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

SMK Chung Hua, SJKC Tung Hua sedia pertahan gelaran
26 Jul 2015 School Admin - SMJK CHUNG HUA (SIBU) (SARAWAK) 

SIBU: Juara bertahan, SMK Chung Hua dan SJKC Tung Hua bersedia mempertahan gelaran masing-masing pada Kejohanan Renang Terbuka Sekolah-sekolah Bahagian Sibu di Kolam Renang Bukit Lima di sini bermula 29 hingga 31 Julai ini.

Dianjurkan SMK Deshon dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu dan Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA), kejohanan tersebut menarik seramai 305 perenang dari 21 buah sekolah terdiri 13 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah.

Dari jumlah keseluruhan perenang, seramai 187 adalah perenang lelaki manakala 118 adalah perenang wanita.

Sementara itu, Sekolah Antarabangsa Woodland juga turut menghantar 12 perenangnya menyertai kejohanan ini.

Sebanyak 113 acara dipertandingkan dalam lima kategori terdiri kategori lelaki dan wanit6a bawah 8, 10, 12, 15 dan 20 tahun.

Bagi kategori sekolah menengah, SM Tinggi Katolik menghantar jumlah kontijen terbesar dengan 34 orang perenang diikuti oleh SMK Chung Hua dengan 30 perenang, SMK Methodist (22), SMK Rosli Dhoby (16), SMK Sacred Heart (14), SMK Tung Hua (7) dan SM Wong Nai Siong (6).

Bagi sekolah rendah, SJK Methodist merupakan kontinjen terbesar disertai 44 perenang diikuti SJKC Tung Hua (43), SJKC Chung Sing (28), SJKC Ek Thei (20) SJKC Taman Rajang (9).

Pemangku Presiden SASA Oliver Kuo berkata kejohanan itu adalah sebagai landasan memilih perenang terbaik mewakili Sibu pada Kejohanan Renang Piala Tan Sri Datuk Patinggi Dr Wong Soon Kai di Miri pada Oktober depan.

“Mudah-mudahan, semua perenang mempamerkan kemampuan terbaik mendapatkan tiket mewakili Sibu ke kejohanan tersebut,” katanya pada sidang media di sini petang kelmarin.

Hadir sama Setiausaha SASA Tong Hii, Bendahari SASA Yik How Sing dan Pengetua SMK Deshon, Nicholas Bamphield.

Kuo memberitahu, ini adalah kali ketiga kategori bawah lapan tahun dipertandingkan.

“Mudah-mudahan, kita boleh mencungkil bakatbakat para perenang di peringkat seawal usia bagi mendedahkan mereka untuk kejohanan akan datang,” tambahnya.

Nicholas berkata, Sibu pernah menjadi kuasa besar untuk sukan renang pada beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, Kuching dan Miri pada akhir-akhir ini dilihat cemerlang dalam sukan ini dan menghasilkan perenang berkualiti melalui program-program latihan mereka.

“Perenang kita juga boleh membuat kejutan pada kejohanan- kejohanan berprestij yang akan datang,” katanya.



Read more: http://www.theborneopost.com/2015/07/26/smk-chung-hua-sjkc-tung-hua-sedia-pertahan-gelaran/#ixzz3iZNJeJ8L




Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 


Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment