Pada 08 Januari 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tenom dengan kerjasama SMJK Chung Hwa Tenom telah mengadakan Program Jom Ke Sekolah. Pegawai polis yang bersama-sama pihak pentadbir, guru-guru dan pengawas sekolah menyambut kehadiran murid ke sekolah ialah Assistant Superintendent of Police (ASP) Zukri Bin Abidin @ Bidin, Inspektor Nouraizam Bin Salleh dan dua orang rakan pegawai polis. ASP Zukri Bin Abidin @ Bidin juga memberi ceramah tentang keselamatan diri murid dan salah laku murid yang perlu dihindari oleh murid.
二零一九年一月八日。本校与丹南区警察局携手合作一项名为 “ Program Jom Ke Sekolah "的活动。 当天多位警察官员,校方行政组,值日老师,巡查员等在校门迎接学生们到学校上课。