News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SPM TAHUN 2020 & 2021 。2020年及2021年大马教育文凭卓越成绩表扬大会 [01.07.2022]
17 Jul 2022 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 


Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM Tahun 2021 & 2020 diadakan pada 1 Julai 2022 di Dewan Terbuka SMJK Chung Hwa Tenom dan dirasmikan oleh Puan Georgina Luk, YDP PIBG untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Memandangkan penganugerahan kepada pelajar cemerlang SPM 2020 tidak dapat dilaksanakan pada Tahun 2021 kerana PKP, maka, tahun ini diadakan serentak dengan penganugerahan kecemerlangan SPM 2021. 

Tahun ini, selain hadiah wang tunai ditaja oleh PIBG untuk pelajar cemerlang SPM 2020 & 2021, Lembaga Pengelola Sekolah juga memberikan hadiah wang tunai untuk pelajar cemerlang SPM yang mendapat 'straight A' dan pelajar yang memperoleh Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Selain itu, LPS juga memberi sumbangan hadiah wang tunai RM10000 untuk Kelab Kebajikan Staf sebagai penghargaan kepada guru-guru yang telah berdedikasi dan sanggup berkorban masa demi melahirkan pelajar yang cemerlang.

Dalam majlis tersebut, Elisha Wong yang telah mewakili sekolah ke peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina turut dijemput untuk membuat persembahan.



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment