Principal's Messages 校长讯息

LEMBARAN BAHARU 2021
28 Dec 2020 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 

Selamat Tahun Baru 2021

 

Syukur kepada Tuhan, kita dapat bertemu kembali di tahun baru tahun 2021. Saya percaya semua warga sekolah kembali ke sekolah dengan satu semangat dan harapan yang baru dalam menjalani tahun 2021 ini.

 

Sepanjang tahun 2020 telah memberi satu pengalaman baru kepada kita semua dalam era Pendidikan iaitu pembelajaran dalam norma baharu.  Saya percaya apa yang telah kita lalui ekoran ledakan pandemic covid 19 ini banyak mengajar kita bahawa sebagai pendidik dan warga sekolah kita perlu bersiap siaga dalam apa jua kemungkinan yang bakal kita hadapi dalam hari-hari ke depan.

 

Tahun 2021 adalah tahun di mana bermulanya Gelombang Ketiga dalam Anjakan Transformasi Pendidikan dan juga bermulanya fasa KSSM sepenuhnya dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.  Oleh itu wajarlah semua pendidik mempersiapkan dan memperlengkapi diri lebih lagi dalam menghadapi cabaran bagi memenuhi aspirasi Pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

 

Dengan adanya hala-tuju yang jelas, pemantauan yang proaktif dan kerjasama yang padu dalam kalangan semua staf, pasti kita dapat melewati tahun 2021 ini dengan berhasil dan sempurna.

 

Akhir kata, marilah kita sama-sama berkomitmen untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan pendidikan di SMJK Chung Hwa Tenom.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya Yang Menjalankan Amanah,

 

OUU CHU SUAN                                          

Pengetua

SMJK Chung Hwa Tenom, Sabah