Information 资讯 - Other 其他
Sekolah SMK Kai Chung terdiri daripada 6 bangunan kelas dan 2 buah stadium. Persekitaran sekolah kami ditanam dengan pelbagai pokok dan bunga yang indah. Terdapat sebuah kolam teratai buatan manusia dipenuhi dengan ikan air tawar. Sekolah kami juga mempunyai sebuah bilik akses TM yang penuh dengan kelengkapan multimedia dan ruangnya adalah selesa serta dilengkapi dengan kemudahan hawa dingin dan sebuah bilik belajar kendiri.Terdapat 2 buah stadium pelbagai kegunaan dan pusat Kai Chung untuk pelbagai aktiviti seperti perhimpunan, majlis penyampaian sijil dan hadiah, persembahan dan aktiviti lain. Sekolah kami terdiri daripada pelbagai kaum pelajar dan guru. Sekolah kami menyediakan kelas dari Kelas Peralihan ke Tingkatan Lima. Jumlah kelas ialah 34 buah. Jumlah Guru dan AKP ialah 79 orang. Jumlah Pelajar terdiri daripada 470 orang pelajar lelaki dan 465 orang pelajar perempuan, jumlah besar 935 orang.