SMJK SIN MIN


新民国民型中学
 
 
Achievement
Hadiah Cemerlang SHELL Malaysia
10 Jan 2005  Filed Under academic
2004 年12 月9 日, 副 教 育 部 长 Dato’ Mahadzir b. Mohd Khir 于 SHELL 石 油 公 司 总 部 颁 发 了 中 学 组 PMR 优 异 奖 状 及 数 额 RM 5000 的 奖 金 于 新 民 国 民 型 中 学。 全 国 只 有 五 间 中 学 获 得 此 奖。 真 是 可 喜 可 贺! SHELL MALAYSIA dengan kerjasama dan sokongan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMJK Sin Min sebagai satu daripada 5 buah sekolah sahaja di seluruh Malaysia untuk anugerah HADIAH CEMERLANG SHELL MALAYSIA TAHUN 2004 dalam kategori SEKOLAH CEMERLANG PMR. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mahadzir b. Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia di Bangunan Shell Malaysia, Kuala Lumpur pada 9 hb Disember, 2004 Anugerah tersebut berbentuk wang tunai RM5000.00 berserta Sijil Penghargaan. 5 buah sekolah yang terpilih untuk hadiah tersebut ialah: 1. SMJK Sin Min, Sungai Petani, Kedah 2. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan 3. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Pengkalan Chepa, Kelantan 4. Sekolah Tinggi Kluang, Kluang, Johor 5. SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah Hadiah Cemerlang Shell Malaysia diberi oleh Shell Malaysia berteraskan objektif untuk menganugerahkan sekolah-sekolah dari Semenanjung Malaysia yang cemerlang berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik dalam peperiksaan PMR serta kejayaan dalam bidang kokurikulum.
© Copyrights 2006-2024 All Rights Reserved
Template Designed By Free Website Templates