2004年度SPM最佳成绩得奖学生 - 林勇翰同学与郑伯谅校长,在4月3日受邀前往PUTRAJAYA 与首相共进午餐。
Murid terbaik SPM 2004 Negeri Kedah, Lim Yuen Han dari SMJK Sin Min adalah salah seorang daripada 25 orang murid cemerlang SPM 2004 yang menerima anugerah Kecemerlangan SPM daripada Menteri Pelajaran Malaysia di Johor dalam Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2004 sehari sebelum keputusan SPM disiarkan.
Selanjutnya, pada 13 April 2005, pengetua SMJK Sin Min, En. Tee Pak Leong, BKM telah dijemput ke Majlis Meraikan Kecemerlangan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Perdana Ballroom Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya.
Tahniah dan syabas kepada Lim Yuen Han.
Sin Min Boleh!
|