News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

PEMANTAUAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN OLEH PPD TENOM & PROGRAM 1ST DAY AT SCHOOL BERSAMA PDRM TENOM / 2021年1月20日开课首日,教育局官员与警局官员到校巡视 [20.01.2021]
20 Jan 2021 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 


Hari ini 20 Januari 2021 merupakan hari pertama persekolahan bagi murid Tingkatan 5 Sesi 2020 yang akan menduduki Peperiksaan SPM pada 22 Februari 2021. Semua pentadbir bersama Encik Ng Tet Hau, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah dan Puan Georgina Luk, YDP PIBG telah bersama-sama menyambut kedatangan murid.

Sekolah juga menerima rombongan pemantau pembukaan hari pertama persekolahan oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Tenom yang terdiri daripada Puan Lian Fee Choo, Puan Azrah Mohd. Zakaria, Puan Olivia J. Kawanding dan Puan Teo Seiw Ching.

Selain itu, ASP Mohd Nouraizam Bin Salleh, pegawai perhubungan sekolah bersama rakan pegawai polisnya telah datang ke sekolah untuk memastikan keselamatan murid dan sekolah dan juga melaksanakan pemantauan pematuhan Standard Operational Procedure (SOP) oleh sekolah selaras dengan Program 1St Day at School yang diadakan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

2021新学年开课首日,董事长黄德孝先生,家协主席陆常微女士在校长杨珠萱女士及行政人员的陪同下迎接2020年中五会考班学生还回校园上课。

本校也迎接由教育局官员练惠珠女士为首的团员到校巡视,以确保校方有做好一切的防范措施。除此之外,丹南警局也委派高级警官与警员到校巡视以确保学生们的安全和必要的防范设施。

 



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment